Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan gambar pejuang di Tugu Pahlawan akan dipasang semula dengan rekaan baharu: DBKU

-

KUCHING: Kehilangan lapan daripada sembilan kepingan gambar pahlawan dipahatkan di Tugu Pahlawan dekat Taman Budaya di sini menjadi tanda tanya ramai pihak.

Tugu ini memahatkan sembilan gambar pahlawan sebagai memperinga­ti jasa mereka yang terkorban dalam peperangan melibatkan Sarawak.

Namun, tinjauan Utusan Borneo di tugu semalam mendapati hanya satu gambar masih terpahat di tugu ini iaitu Datuk Patinggi Ali.

Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jumaini Haili ketika dihubungi semalam menjelaska­n bahawa lapan daripada gambar ini telah ditanggal oleh DBKU.

Ini kerana menurut Jumaini berlaku kecurian di tugu ini melibatkan sebahagian daripada gambar ini yang memaksa DBKU menanggalk­annya dan disimpan buat sementara waktu.

“Perbuatan mencuri ini telah menyebabka­n kerosakan pada sebahagian daripada gambar-gambar ini jadi kita membuat keputusan untuk menanggalk­annya untuk dipasang semula dengan rekaan baharu.

“Untuk gambar Datuk Patinggi Ali itu, ia diperbuat daripada jenis sukar ditanggal jadi kita membiarkan sahaja di sana.

“Tetapi gambar lain itu kita terpaksa tanggalkan dan kita akan pasang semula dengan rekaan baharu yang mana kini dalam proses rekaan,” katanya.

Jelas Jumaini lagi, bukan sahaja pemasangan gambar dengan rekaan baharu, malah keseluruha­n kawasan tugu ini juga akan dinaik taraf oleh DBKU di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Kerja menaik taraf Tugu Pahlawan ini katanya akan dilaksanak­an dalam tahun ini yang mana kini dalam proses rekaan akhir.

Dalam pada itu, selain dibina untuk memperinga­ti jasa pahlawan- pahlawan Sarawak yang terkorban tugu turut menjadi satu daripada tarikan pengunjung di bandar raya ini.

Antara pahlawan terpahat di tugu ialah Datuk Merpati Jepang, Sharip Masahor, Pehin Orang Kaya Setia Raja Abang Manai, Rentap, Sawing, Liu Shan Bang, Datuk Patinggi Ali dan Rosli Dhoby.

 ??  ?? DIGANTI BAHARU: Lapan daripada sembilan kepingan gambar pahlawan Sarawak di Tugu Pahlawan ditanggalk­an DBKU selepas kecurian untuk pemasangan semula dengan rekaan baharu.
DIGANTI BAHARU: Lapan daripada sembilan kepingan gambar pahlawan Sarawak di Tugu Pahlawan ditanggalk­an DBKU selepas kecurian untuk pemasangan semula dengan rekaan baharu.
 ??  ?? TARIKAN PELANCONG: Tugu Pahlawan merupakan antara tarikan pengunjung di bandar raya Kuching selain memperinga­ti jasa pahlawan yang terkorban dalam memperjuan­gkan Sarawak.
TARIKAN PELANCONG: Tugu Pahlawan merupakan antara tarikan pengunjung di bandar raya Kuching selain memperinga­ti jasa pahlawan yang terkorban dalam memperjuan­gkan Sarawak.
 ??  ?? MASIH ADA: Satu-satunya gambar pahlawan yang masih terpahat di Tugu Pahlawan di Taman Budaya, Kuching.
MASIH ADA: Satu-satunya gambar pahlawan yang masih terpahat di Tugu Pahlawan di Taman Budaya, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia