Utusan Borneo (Sarawak)

Pertimbang nisbah kakitangan ikut kaum di CPT Pejabat JTS Kuching

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menggesa kerajaan negeri mempertimb­angkan semula nisbah kakitangan mengikut kaum khasnya di Cawangan Pendaftar Tanah (CPT), di Pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Kuching.

Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen mendakwa, terdapat kesesakan dalam pendaftara­n dokumen di CPT Pejabat JTS Kuching atas sebab utama nisbah atau komposisi kaum yang sangat tidak seimbang di jabatan itu.

“Sekarang terdapat 24 pekerja, 17 pekerja Melayu, enam Dayak, seorang berbangsa India dan tiada orang Cina di CPT Pejabat JTS Kuching dan disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bulan puasa, kebanyakan pekerja Melayu telah bercuti dan ini tiada masalah bagi kita kerana ini memang sepatutnya.

“Namun demikian, disebabkan oleh ketidaksei­mbangan komposisi kaum apabila mereka bercuti, banyak kerja tertangguh. CPT di Pejabat JTS Kuching merupakan jabatan paling sibuk di seluruh Sarawak,” katanya pada sidang media di Pejabat JTS Kuching di sini, semalam.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa menjelaska­n, CPT Pejabat JTS Kuching menerima hampir 30,000 instrumen atau 30,000 set dokumen berkaitan tanah yang perlu didaftarka­n setiap tahun.

Tambahnya, pada tahun lepas sahaja, 28,000 instrumen sama ada perpindaha­n, kaveat, cagaran atau pelepasan perlu didaftar.

“Pada purata sehari, CPT Pejabat JTS Kuching mendaftar 110 dokumen. Pada hari biasa, sembilan kakitangan yang bertanggun­gjawab ke atas kerja pendaftara­n ini, itu pun mereka hampir tidak dapat menyiapkan kerja mereka dalam sehari.

“Kadangkala, kita perlu menunggu selama dua atau tiga hari untuk menyelesai­kan pendaftara­n. Kerani firma guaman dan firma yang membuat pendaftara­n untuk orang, ada kakitangan yang terpaksa berbaris di depan pintu atau pagar JTS Kuching seawal jam 6 pagi supaya apabila pagar atau pintu dibuka, mereka adalah orang pertama yang mendapat nombor untuk memastikan dokumen mereka didaftar pada hari itu juga.

“Situasi lebih buruk pada waktu puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, hanya dua pegawai sahaja bekerja, dan ini telah berlaku sejak dua minggu lalu sebelum hari raya dan sekarang,” tegasnya.

Malah, Chong memberitah­u dalam transaksi tanah, masa amat penting kerana kelewatan sehari dua boleh membatalka­n seluruh perjanjian.

Jelasnya, banyak kes di mahkamah disebabkan oleh kegagalan untuk mematuhi syarat masa dalam perjanjian.

“Jika orang menjual tanah, sudah tentulah mereka mahukan wang secepat mungkin tetapi tanpa mendaftar tanah, mereka tidak akan diberi wang. Ini adalah satu masalah besar yang berlaku setiap tahun.

“Kita bangga selama ini mengenai keharmonia­n kaum, keadilan kepada semua kaum dalam dasar kerajaan, tetapi dalam dasar pengambila­n pekerja di JTS, jelas ada ketidakadi­lan,” ujarnya.

 ??  ?? SEIMBANGKA­N NISBAH: Chong pada sidang media di Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Kuching semalam.
SEIMBANGKA­N NISBAH: Chong pada sidang media di Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia