Utusan Borneo (Sarawak)

HEP pemangkin, biarpun jalan ke luar bandar lambat-laun dibina: Masing

-

KUCHING: Jalan ke kawasan luar bandar lambat-laun akan dibina tetapi empangan hidroelekt­rik (HEP) mempercepa­tkan pembinaan jalan-jalan berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing menegaskan pembinaan jalan raya ke kawasan luar bandar agak perlahan kerana kekangan belanjawan, iaitu salah satu penyebab atau faktor utama berkenaan.

“Permukaan bentuk bumi yang kasar di kawasan berkenaan memerlukan pembinaan berkos tinggi.

“Maka, kita perlu memastikan ia menguntung­kan kerajaan untuk membina jalan raya utama ke kawasan luar bandar di Sarawak dan salah satu tarikan adalah empangan HEP,” jelasnya ketika dihubungi di sini, semalam.

Empangan HEP adalah ‘ game changer’ kepada ekonomi luar bandar, justeru beliau menegaskan ia mewujudkan impak sosial dan ekonomi daripada projek yang dihasilkan.

Masing berkata demikian sebagai membalas kenyataan banyak pihak yang tidak ber- setuju bahawa projek berimpak tinggi adalah pemacu utama untuk infrastruk­tur asas.

Dalam akhbar kelmarin, Masing yang mengulas mengenai pembinaan Jalan Long Lama-Ulu Baram berkata, harapan penduduk Baram supaya kerajaan meneruskan pembinaan jalan berkenaan adalah disekat sendiri segelintir penduduk di kawasan itu.

Masing berkata, pembinaan awal jalan itu pada mulanya adalah bagi memberi laluan kepada kerja- kerja pembinaan empangan HEP Baram.

Sebagai contoh, katanya, Empangan Baleh yang membawa masuk infrastruk­tur seperti menyediaka­n elektrik kepada industri dan isi rumah kawasan itu.

Bagaimanap­un orang ramai turut membuat ulasan negatif dalam media sosial ekoran daripada kenyataan beliau, di mana kebanyakan mereka berasa tidak adil kepada rakyat luar bandar yang telah lama menunggu untuk menikmati infrastruk­tur asas terutamany­a jalan raya serta bekalan elektrik dan air.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia