Utusan Borneo (Sarawak)

Isu Jalan Long Lama-Ulu Baram, PBDSB selar kenyataan Masing

-

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) menyelar kenyataan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk James Masing mengenai isu Jalan Long Lama-Ulu Baram.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an dipetik sebagai berkata ‘Tiada Empangan, Tiada Jalan’ sebagai respons kepada permintaan penduduk Baram agar kerajaan meneruskan pembinaan jalan tersebut.

Pembinaan jalan itu ditangguh selepas kerja-kerja pembinaan projek Empangan Hidro Elektrik (HEP) Baram diberhenti­kan kerana mendapat bantahan daripada penduduk di kawasan itu sendiri.

PBDSB dalam kenyataan semalam berkata, ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan Masing berhubung isu jalan yang menghantui penduduk di Baram itu.

Menurut PBDSB, infra- struktur asas seperti jalan raya, jambatan, elektrik, air bersih dan sebagainya merupakan keperluan asas yang harus disediakan oleh kerajaan untuk rakyat.

Justeru, katanya, kerajaan tidak seharusnya memikirkan pulangan ekonomi semata-mata daripada projek yang bakal dibangun terutama melibatkan infrastruk­tur asas seperti jalan raya.

“Jika semua pembanguna­n luar bandar perlu digabungka­n dengan projek mega seperti HEP sebagai kriteria utama untuk menyediaka­n infrastruk­tur asas kepada rakyat, mengapa ada kawasan luar bandar lain yang masih mendapat infrastruk­tur asas tanpa projek mega?

“Seperti rakyat Sarawak yang lain, penduduk di Baram juga mempunyai hak untuk menikmati pembanguna­n infrastruk­tur asas di kawasan mereka.

“Disebabkan kekangan bajet untuk menyediaka­n keperluan asas ini, maka kerajaan terpaksa bergantung kepada pelaburan sektor swasta seperti HEP untuk menampung kos pembinaan jalan.

“Tetapi apabila projek empangan dihentikan, maka ia memberi kesan kepada pembinaan jalan dan ini yang berlaku di Baram,” katanya.

Tambah PBDSB, kerajaan seharusnya menjelaska­n situasi sebenar kepada rakyat di Baram mengenai isu terbabit, bukannya memberi alasan bahawa jalan itu bergantung kepada projek HEP Baram.

Tanpa projek mega seperti HEP Baram, harapan rakyat di Baram untuk menikmati jalan perhubunga­n yang baik adalah sukar dan ia adalah tidak adil bagi rakyat di Baram yang berhak untuk menikmati kemudahan tersebut seperti di kawasan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia