Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa sertai ngajat, ‘betaboh’ sempena BDCF

-

SIBU: Orang ramai dipelawa menyertai pertanding­an ngajat dan ‘ betaboh’ sempena Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) pada 21 Julai ini jam 7 malam bertempat di Dataran Bandar Sibu.

Menurut pengerusi penganjurn­ya Ambrose John, kedua-dua pertanding­an ini sempena Pesta Kebudayaan Borneo ( BCF) yang bermula mulai 20 hingga 29 Julai ini.

Jelasnya, pasukan menyertai pertanding­an ‘betaboh’ ini harus mempunyai seorang peserta ngajat di mana ada lima peserta terlibat.

“Ini bermaksud, empat orang ‘ betaboh’ manakala seorang ngajat di mana semuanya diadili dalam perkara berbeza,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Bagi ngajat, jelasnya, ia akan diadili mengikut kemahiran iaitu sebanyak 50 peratus, pakaian (20 peratus), permulaan langkah (15 peratus) dan penutup langkah (15 peratus).

Bagi pertanding­an ‘betaboh’ pula, ujar Ambrose, ia akan diadili dengan rentak alunan bunyi iaitu sebanyak 60 peratus diikuti pakaian (15 peratus), kreativiti (15 peratus) dan permulaan dan penutup (10 peratus).

“Semua peralatan untuk pertanding­an ‘betaboh’ ini disediakan oleh pihak kami (penganjur). Peserta keduadua pertanding­an ini diberi masa tiga minit untuk membuat persembaha­n masingmasi­ng,” jelasnya lagi.

Ambrose memberitah­u bahawa terdapat dua kategori khas iaitu peserta yang memainkan ‘tawak’ dan ‘engkerumon­g’ terbaik dalam pertanding­an ‘betaboh’ akan dipilih memenangi hadiah istimewa.

Hadiah ditawar ialah berbentuk wang ringgit dan piala. Borang penyertaan boleh diambil dengan menghubung­i Ambrose di talian 016-8931385 atau Senorita Salleh (013-8061265).

 ??  ?? AMBROSE
AMBROSE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia