Utusan Borneo (Sarawak)

Dennis minta JKR baiki jalan balak

-

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau meminta kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaiki jalan balak di Baram.

Beliau berkata, beratusrat­us kilometer jalan tanah dibina oleh beberapa syarikat pembalakan sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat.

Menurut Dennis, jalan raya tersebut menghubung­kan lebih 80 rumah panjang dan penempatan tersebar di seluruh kawasan Telang Usan.

“Hampir setiap malam saya tidak dapat tidur nyenyak kerana memikirkan cara untuk membaiki jalan balak rosak teruk dan kini terpaksa digunakan oleh pengundi saya. Jalan tersebut memerlukan pembaikan dan pemulihan yang berterusan,” kata Dennis.

Beliau menambah, sebelum ini kerja-kerja menyelengg­araan jalan raya hanya dilakukan oleh syarikat pembalakan.

“Kita menghargai usaha syarikat berkenaan namun apa yang membimbang­kan ialah kebanyakan syarikat tersebut sudah berpindah jauh dari rumah panjang malah sudah mengecilka­n operasi mereka.

“Ini menyebabka­n syarikat pembalakan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk melakukan kerja-kerja membaiki jalan dengan lebih kerap. Selain membaiki jalan, ratusan jambatan kecil dan besar perlu diperbaiki,” tegas Dennis.

Beliau menambah, perkara ini turut ditekankan semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri iaitu agar unit bergerak JKR diwujudkan semula untuk membantu membaiki jalan yang rosak di Telang Usan.

“Bagi saya, ini satu-satunya cara untuk kerajaan meringanka­n penderitaa­n rakyat luar bandar yang melalui jalan rosak hampir setiap hari.

“Ini bertepatan usaha dan strategi yang dimulakan oleh bekas Ketua Menteri kita Allahyarha­m Tok Nan (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) iaitu untuk membawa pembanguna­n ke penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau turut menyambut baik usaha kerajaan untuk membentuk Agensi Pembanguna­n Tinggi (Highland Developmen­t Agency) untuk mengenal pasti kekurangan dan keperluan pembanguna­n luar bandar.

Bagaimanap­un, Dennis mengakui bahawa kerja menurap jalan ke seluruh Telang Usan menelan kos yang amat tinggi, justeru memadai jika kerajaan membaiki jalan pembalakan yang sedia ada.

“Kita berharap kerajaan dapat membuka pejabat JKR di pekan Long Lama. Mereka boleh menggunaka­n pejabat daerah kecil Long Lama yang lama untuk pejabat JKR,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia