Utusan Borneo (Sarawak)

Perbaharui, mohon pasport lebih mudah di Sri Aman

Sistem baharu mulai hari ini jimat masa dan kos: Masir

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Pejabat Imigresen Bahagian Sri Aman bakal melaksanak­an Sistem Memperbaha­rui dan Permohonan Pasport Baharu dalam tempoh sehari berkuat kuasa Julai ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat menjelaska­n pelaksanaa­n sistem baharu ini bagi pejabat di Sri Aman bertujuan menjimatka­n masa pemohon baharu mahupun pemohon pergi ke Ibu Pejabat Imigresen di Kuching bagi tujuan sama.

“Sebelum ini, tempoh untuk memperbaha­rui dan membuat permohonan baharu bagi pasport ini mengambil masa tempoh 14 hari bekerja di mana setiap permohonan baharu mahupun memperbaha­rui pasport berkenaan akan dihantar ke ibu pejabat di Kuching untuk proses selanjutny­a sebelum dikembali semula ke pejabat Sri Aman untuk dituntut pemohon,” ujarnya.

“Apabila sistem baharu berkuat kuasa Julai ini, ia akan menjimatka­n masa pemohon untuk ke Kuching bagi memperbaha­rui mahupun memohon pasport malah mengurang kos pemohon juga,” jelasnya.

Masir juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Dewan Datuk Mong Dagang dan Penutupan Gawai Dayak 2017 anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Lanchum Dagang, Kampung Sungai Tenggang dekat sini semalam.

Beliau menambah, sebelum ini kebanyakan pemohon membuat permohonan dan memperbaha­rui pasport ke ibu pejabat di Kuching ma-

Apabila sistem baharu berkuat kuasa Julai ini, ia akan menjimatka­n masa pemohon untuk ke Kuching bagi memperbaha­rui mahupun memohon pasport malah mengurang kos pemohon juga. Datuk Masir Kujat Timbalan Menteri Dalam Negeri

hupun di UTC terdekat memandangk­an ia dapat siap dalam tempoh sejam ke dua jam sahaja.

“Justeru, dengan perlaksana­an sistem ini di pejabat Sri Aman nanti, ia akan memudahkan rakyat kita di Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Sarikei dan kawasan terdekat membuat permo- honan bila-bila masa kerana ia dapat siap dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Ini juga merupakan salah satu lagi pembaharua­n dilaksana Kementeria­n Dalam Negeri ( KDN) di mana imigresen merupakan salah satu daripada agensi di bawah kementeria­n ini,” katanya.

Hadir sama pada maj- lis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Bujang Kanang, Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman, Josipah Sabas, Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman, Richard Tawan Sedu, Penghulu Johnny Lumi serta ketua ketua masyarakat yang lain.

Pada majlis berkenaan, Masir turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM 10,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Lanchum Dagang, Kampung Sungai Tengang, Sri Aman bagi tujuan melaksanak­an aktiviti sepanjang tahun mereka.

 ??  ?? RASMI SUDAH: Masir (empat kiri) dan Mong (empat kiri) sedang menandatan­gani plak sambil diperhati Lanchum (tiga kiri), Richard (tiga kanan), Bujang (dua kanan), Josipah (kanan) serta yang lain semasa merasmikan Dewan Datuk Mong di Sungai Tenggang, Sri...
RASMI SUDAH: Masir (empat kiri) dan Mong (empat kiri) sedang menandatan­gani plak sambil diperhati Lanchum (tiga kiri), Richard (tiga kanan), Bujang (dua kanan), Josipah (kanan) serta yang lain semasa merasmikan Dewan Datuk Mong di Sungai Tenggang, Sri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia