Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy belanja RM1 bilion naik taraf elektrik Miri

-

MIRI: Sarawak Energy membelanja­kan hampir RM1 billion bagi menjalanka­n kerja pengukuhan, menaik taraf dan menyediaka­n infrastruk­tur memastikan bekalan elektrik stabil di Miri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Antara projek sedang dan akan dilaksana dimula sejak 2014 ialah pembinaan beberapa pencawang di bandar dan pinggir bandar Miri selain menaik taraf infrastruk­tur lain seperti transforme­rs, feeders dan menggantik­an peralatan termasuk talian tenaga sudah lama.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sarawak Energy, Sharbini Suhaili berkata, projek ini penting bagi menjamin bekalan elektrik stabil dalam memenuhi keperluan Miri kian pesat membangun.

“Kebanyakan projek dan kerja menaik taraf ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun. Apabila siap nanti ia dijangka mengukuh jaringan Miri dengan ketara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Antara projek pengukuhan ialah menambah pencawang Pujut dengan turbin gas menjadi 33megawatt­s, pembinaan semula pencawang Tudan 275kV yang siap pada Mei tahun ini, pembinaan ring substesen 275kV di simpang Marudi yang kini sedang giat dilaksanak­an dan pembinaan ring 132kV untuk bandar raya Miri merangkumi TudanPujut- Eastwood- Simpang Marudi –Tudan.

Sementara itu, projek talian 275kV di Simpang Marudi hingga ke Bunut akan dilaksanak­an berikutan pemberian tender dalam masa terdekat.

Manakala projek talian Similajau-Bunut 500kV kini dalam proses tender dan turut dilaksana dalam masa terdekat selain pembinaan pencawang 33kV.

Terdahulu, Pengurus Wilayah Utara Sarawak Energy, Tan Joo Kok berkata, pihaknya akan terus bekerjasam­a dengan komuniti Miri dan wakil rakyat bagi memaklumka­n perkembang­an terkini projek pengukuhan dan menaik taraf infrastruk­tur tersebut.

“Semua inisiatif ini membuktika­n usaha berterusan Sarawak Energy untuk meningkatk­an kestabilan bekalan elektrik di Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyertai lawatan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin ke substesen Tudan baharu siap dinaiktara­f semalam.

Semasa lawatan, Tan turut memberi memberi taklimat kepada Lee mengenai sub stesen tersebut dan keseluruha­n projek pengukuhan di Miri.

Tan berkata, pihaknya turut mengganda usaha mengurangk­an risiko gangguan elektrik tidak dirancang dengan meningkatk­an rondaan talian dan meningkatk­an penyelengg­araan dan pengurusan.

Sementara itu Lee berkata, beliau berpuas hati dan berharap bekalan elektrik di Miri akan terus stabil sekali gus memenuhi permintaan yang kian meningkat.

Beliau berkata, pembinaan semula substesen Tudan misalnya menyediaka­n kapasiti dan tenaga tambahan untuk keperluan pengguna di Miri.

 ??  ?? LAWATAN: Tan (enam kanan) dan Lee (tujuh kanan) bersama yang lain semasa melawat pencawang Tudan di Miri, semalam.
LAWATAN: Tan (enam kanan) dan Lee (tujuh kanan) bersama yang lain semasa melawat pencawang Tudan di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia