Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS sedang kenal pasti tapak penempatan semula Rumah Asap

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) sedang berusaha mengenal pasti lokasi sesuai menempatka­n semula Rumah Asap di Sibu Jaya.

Pengerusin­ya Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata, sebelum ini MDLBS bercadang mengambil tindakan merobohkan rumah asap berkenaan kerana didiri secara haram.

“Namun selepas melalui beberapa siri perbincang­an, MDLBS akhirnya sebulat suara membenar operasi perniagaan rumah asap berkenaan secara bersyarat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sempurai berkata, satu dialog di antara MDLBS dan pemilik rumah asap telah diadakan baru-baru ini bagi mencari kesepakata­n di antara kedua-dua pihak.

Pengusaha rumah asap juga turut diterangka­n dengan syarat mereka perlu patuhi termasuk memastikan kawasan perniagaan sentiasa berkeadaan bersih.

Katanya, MDLBS tidak teragak- agak mengambil tindakan termasuk menutup gerai rumah asap sekiranya pengusaha rumah asap gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Tidak ada sebarang pertambaha­n dari segi bilangan atau pengubahsu­aian fizikal gerai rumah asap sedia ada,” ujar beliau.

Menurut Sempurai, pihaknya juga sedang bekerjasam­a secara rapat dengan Kumpulan Amcorp untuk mencari kawasan sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi rumah asap.

Jelasnya, ini penting untuk memastikan perniagaan rumah asap tidak terjejas selepas mereka dipindahka­n ke lokasi baharu kelak.

Selain itu, ia juga memudahkan MDLBS membekalka­n kemudahan seperti bekalan air dan juga elektrik kepada pengusaha rumah asap.

Untuk rekod rumah asap Sibu Jaya mula beroperasi sejak lebih setahun lalu dengan menyajikan pelbagai jenis juadah makanan barbeku.

 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia