Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand siasat syarikat M’sia

Didakwa kegiatan libatkan ribuan pelabur dan jutaan ringgit

-

BANGKOK: Thailand telah menubuhkan jawatankua­sa pelbagai agensi untuk memperheba­tkansiasat anyang dijalankan sekarang ke atas s ebuah syarikat Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti haram secara besar- besaran termasuk pengubahan wang haram di negara itu.

Syarikat tersebut yang mempunyai kepentinga­n perniagaan di Thailand mula dipantau di Malaysia baru-baru ini kerana didakwa mendalangi skim piramid yang kompleks melibatkan beribu-ribu pelabur dan jutaan ringgit.

“Siasatan masih dijalankan.

Kami telah mengadakan - pertemuan dengan pelbagai agensi kerajaan bertanggun­gjawab bagi penguatkua­saan undangunda­ng termasuk Biro Anti Narkotik (NSB),” kata seorang pegawai tertinggi kepada Bernama barubaru ini.

Agensi lain yang terlibat dalam siasatan termasuk Pejabat Anti Penggubaha­n Wang Haram (AMLO), Jabatan Siasatan Khas (DSI), Jabatan Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam, Pejabat Kawalan Narkotik (ONCB) dan Jabatan Pembanguna­n Perniagaan.

Wakil dari bank pusat negara itu, Bank of Thailand (BoT) juga terlibat dalam siasatan ke atas syarikat dari Malaysia itu.

Menurut satu sumber, jawatankua­sa itu mengadakan mesyuarat

“Siasatan masih dijalankan. Kami telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi kerajaan bertanggun­gjawab bagi penguatkua­saan undang“undang termasuk Biro Anti Narkotik (NSB).

baru-baru ini dan dalam mesyuarat tersebut, jawatankua­sa membincang­kan cara-cara untuk mengambil tindakan baharu dan lebih agresif dalam usaha untuk mendakwa syarikat dari Malaysia itu kerana dikatakan menjalanka­n aktiviti secara haram di Thailand melibatkan pelbagai sektor perniagaan.

“Kami akan merumuskan strategi dan kaedah baharu dalam siasatan,” kata beliau dan menambah bahawa setiap agensi akan ditugaskan dengan tanggungja­wab tertentu tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Pihak berkuasa juga telah menyiasat sama ada syarikat tersebut mempunyai apa-apa kaitan dengan kegiatan penyeludup­an dadah di negara itu tetapi tidak menjumpai apa-apa bukti.

Menurut sumber, pihak berkuasa Thailand sebenarnya telah mula menyiasat syarikat Malaysia itu kira-kira setahun yang lalu bermula dengan siasatan ke atas lima anak syarikatny­a tetapi memperluas­kan skop siasatan apabila penglibata­n sebenar syarikat tersebut dalam aktiviti haram mula terdedah.

Syarikat Malaysia itu yang beroperasi di Thailand selama beberapa tahun, dikatakan terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan termasuk hotel dan resort, hiburan, restoran, pengurup wang dan pangsapuri di Thailand.

Kebanyakan perni agaan yang diceburiny­a terletak di bandar-bandar yang sibuk seperti Hatyai, Danok dan wilayah lain di selatan Thailand.

Siasatan yang diperhebat­kan oleh Thailand ke atas syarikat Malaysia itu ialah kesinambun­gan siasatan lebih setahun bermula dengan serbuan ke atas hotel berkaitan syarikat itu di selatan Thailand pada Januari tahun lepas apabila pihak berkuasa menemui wang tunai pelbagai pelbagai mata wang asing bernilai 83 juta Baht (kira-kira RM10.3 juta).

Serbuan ke hotel itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi seorang lelaki warga Malaysia berusia 54 tahun pada Disember 2015. Lelaki itu ditembak mati di siang hari oleh penyerang meng- gunakan raifel M-16 ketika memandu kereta Mercedez Benz miliknya bersama seorang wanita yang menaiki keretanya semasa dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Hatyai.

Wanita tersebut, yang cedera parah terselamat dalam insiden itu.

Susulan serbuan pada Januari tahun lepas, yang membawa kepada penemuan sejumlah besar mata w ang asing, polis Thailand meminta kerjasama DSI dan agensi lain termasuk AMLO untuk membantu siasatan bagi menjejaki aktiviti wang haram itu.

Sementara itu, sumber tersebut berkata jawatankua­sa pelbagai agensi yang menjalanka­n siasatan ke atas syarikat tersebut juga berminat untuk memantau apa- ap perkembang­an berhubung siasatan barubaru ini yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ke ata syarikat terbabit.

“Kami memerhat ikan dengan penuh minat siasatan yang dijalankan oleh agensi berkaitan di Malaysia,” kata sumber itu yang tidak mahu dikenali kerana sensitivit­i maklumat.

Pihak berkuasa diMalaysia telah membuat serbuan ke atas premis dan pejabat syarikat itu serta membekukan akaunnya mengandung­i simpanan bernilai jutaan ringgit, dalam siasatan yang dijalankan sekarang ke atas syarikat itu. — Bernama

Pegawai tertinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia