Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja antara tiga didakwa terlibat kongsi gelap di Perak

-

KUALA KANGSAR: Tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap.

Dua daripada mereka, Liew Kah Chun, 27, dan Chip Weng Sang, 45, masing-masing mengaku salah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noorhidaya­h Mohd Saad yang kemudian memerintah­kan kedua-duanya didenda masing-masing RM5,000 dan RM1,000.

Majistret turut memerintah­kan Liew dan Chip menjalani hukuman penjara 12 bulan dan sebulan masing-masing sekiranya gagal membayar denda. Mereka membayar denda.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Liew didakwa memiliki tatu lambang kumpulan kongsi gelap Wah Kee ‘Geng 04/18’ pada pergelanga­n tangan kiri di Pertubuhan Kemakmuran Si Gong Malaysia Cawangan Sungai Siput, Taman Lintang Makmur, Sungai Siput kira-kira jam 4.15 petang, 25 Jun lalu.

Pekerja hotel itu didakwa mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM15,000.

Chip seorang petani pula didakwa menggunaka­n papan tanda Pertubuhan Kemakmuran Si Gong Malaysia Cawangan Sungai Siput tanpa kebenaran Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malay- sia di alamat, tarikh dan masa yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya N. Jayanthi, manakala kedua-kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi remaja berusia 16 tahun itu pula, prosiding dijalankan secara tertutup dan kes akan disebut semula 27 Julai ini kerana anggota keluarga remaja berkenaan tidak hadir.

Mahkamah kemudian membenarka­n remaja itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KONGSI GELAP: Liew (kanan) dan Chip dibawa ke Mahkamah Majistret kerana terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap di Kuala Kangsar, semalam.
— Gambar Bernama KONGSI GELAP: Liew (kanan) dan Chip dibawa ke Mahkamah Majistret kerana terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap di Kuala Kangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia