Utusan Borneo (Sarawak)

Polis siasat lelaki hina Islam di Facebook

-

IPOH: Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abdul Farid Salleh telah membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki memuat naik status menghina Islam dan mempertika­ikan khutbah Aidilfitri di negeri itu di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Ke e berkata p olis sedang menjalanka­n siasatan berhubung laporan oleh iman itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Ipoh, kelmarin.

Beliau berkata sebaik selesai solat sunat Ai dilfitri, Ahad lepas, Abdul Farid me nerima mesej dalam kumpulan Jawatankua­sa Penggubal dan Semakan Khutbah Negeri Perak melalui aplikasi WhatsApp berunsur hasutan, cercaan dan menghina Islam.

“Mesej tersebut daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh, Asyraf Ismail mengenai seorang lelaki telah menyatakan satu penulisan dan penghinaan terhadap ag- ama Islam,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata status suspek yang di kenal iAmi ru l Mumini n itu termasuk mengeluark­an kata- kata kesat terhadap khatib yang membaca khutbah itu serta menghina khutbah itu dengan melabel golongan lesbian, gaya, biseksual dan transgende­r (LGBT) sebagai musuh Islam.

Selain itu, suspek juga mempertika­ikan agama Islam sebagai agama persekutua­n ser- ta berdoa dalam bahasa Arab, Qatar dikatakan Muhajirin.

Beliau berkata sehingga kini suspek tersebut belum ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya berhatihat­i dengan sebarang komen atau pendapat berkaitan mana-mana agama yang boleh dianggap menghina dan menjejaska­n keharmonia­n rakyat Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia