Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Dudong buat kunjungan raya ke rumah kenamaan

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Cawangan Dudong mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman kenamaan serta ketua kaum di sini kelmarin.

Rombongan itu diketuai oleh salah seorang calon berpotensi kerusi Parlimen Lanang Kelvin Kong sambil diiringi Kaunselor Frederick Taip selaku Setiausaha Unit Bumiputera SUPP Cawangan Dudong.

Antara kediaman yang dikunjungi mereka ialah kediaman Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi merangkap Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr An- nuar Rapa’ee, Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dudong Awang Saiful Bohtia, Ketua Kampung Sentosa Mohd Ali Serani, Kaunselor Halimah Japar dan Ketua Kampung Banyok Hanapi Omar.

Sementara itu, Kelvin memberitah­u semasa kunjungan tersebut beberapa isu tempatan diajukan kepada pasukan mereka antaranya masalah banjir, jalan raya rendah, lampu jalan, ketiadaan papan tanda jalan, pembesaran dewan serbaguna dan sebagainya bagi perhatian mereka.

“Pasukan kami iaitu SUPP Lanang komited untuk bekerjasam­a dengan agensi kerajaan berkaitan untuk mengatasi masalah ini dan mengambil tindakan selanjutny­a serta susulan yang perlu dengan sewajarnya,” katanya kepada Utusan Borneo menerusi aplikasi WhatsApp, kelmarin.

Pada kunjungan itu, semua pemimpin PBB dan Ketua Kaum telah menyatakan sokongan kuat mereka kepada pendirian Barisan Nasional (BN)/SUPP untuk bertanding di kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Rakan kita dari PBB ada juga memberi nasihat dan pandangan mereka kepada kami untuk memantapka­n lagi jentera SUPP Lanang dalam berkhidmat kepada rakyat,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia