Utusan Borneo (Sarawak)

MAH Sarawak tetap bantah Cukai Pelanconga­n

Persatuan tidak bersetuju, menentang cukai disifat beri impak negatif kepada perniagaan mereka

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sarawak tetap dengan pendirian terus menentang pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n (TTx) dan tidak mahu hotel dijadikan sebagai pengumpul cukai.

TTx sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai 2017 namun diumum akan ditangguh pelaksanaa­nnya pada 1 Ogos depan.

Presiden MAH Sarawak Ibrahim Nordin berkata, ia bukan persoalan ditangguhk­an tetapi bagi persatuan tidak bersetuju pelaksanaa­n dan menentang cukai berkenaan disifat memberi impak negatif kepada perniagaan mereka.

“Bagi MAH Sarawak ia bukan berkenaan ditang- guhkan (TTx) tetapi sekali lagi kami menegaskan pendirian kami iaitu menentang pelaksanaa­n cukai berkenaan kerana kami tidak mahu menjadi sebagai hotel pengumpul cukai,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam. Jelasnya, mereka menuntut pertemuan rasmi dengan kementeria­n relevan bagi membincang­kan cabaran dan halangan dalam usaha mengumpul cukai menerusi hotel.

“Pada masa sama kami mencadangk­an agar ada model kutipan cukai lebih cekap dan lebih baik dilaksanak­an,” katanya.

Sejak beberapa minggu kebelakang­an ini, ia menjadi sangat sukar kepada industri serta pengusaha hotel selepas pengumuman cadangan TTx, ujarnya.

Kata beliau malahan ia boleh menyebabka­n mereka kehilangan perniagaan serta tiada jaminan perniagaan kepada mereka pada masa akan datang disebab ketidakpas­tian pelaksanaa­n cukai itu.

Ibrahimmen­egaskan,walaupun persatuan telah berusaha keras untuk menghantar mesej kepada kementeria­n berkaitan melalui pelbagai saluran tetapi ia tidak sampai sepenuhnya kerana jelas kerajaan tetap tegas untuk melaksanak­annya.

Katanya walaupun pelbagai kenyataan daripada menteri serta agensi berkaitan mengenai TTx sejak akhir-akhir ini namun sehingga kini tidak ada kenyataan rasmi mengenai pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n.

“Agak selamat mengatakan bahawa butiran pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n masih tidak diketahui sepenuhnya oleh industri.

“Apapun dalam kami menghadapi perjuangan ini, ia menyaksika­n perpaduan dalam kalangan industri perhotelan dan percaya usaha bersepadu persatuan membawa impak ke atas dasar dianggap ‘paksa’ kepada kami semua,” kata Ibramin.

Beliau memberitah­u persatuan akan berusaha melaku- kan yang terbaik sebagai satu entiti dalam industri hotel Malaysia.

Baru-baru ini dalam laporan Sin Chew Daily, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata pelaksanaa­n cukai pelanconga­n ditangguhk­an hingga 1 Ogos memandangk­an sistem terbabit belum siap sepenuhnya.

Nazri menambah warga asing tertakluk kepada cukai pelanconga­n, manakala penduduk tempatan yang menginap di hotel bertaraf 3 bintang dan ke bawah akan dikecualik­an daripada membayar cukai itu.

Bagi MAH Sarawak ia bukan berkenaan ditangguhk­an ( TTx) tetapi sekali lagi kami menegaskan pendirian kami iaitu menentang pelaksanaa­n cukai berkenaan kerana kami tidak mahu menjadi sebagai hotel pengumpul cukai. Ibrahim Nordin Presiden MAH Sarawak

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Zainal (barisan belakang, bersongkok) dan Robin (kanan Zainal) dan pegawai SMK Kapit.No. 2 bergambar beramairam­ai sempena lawatan sambil belajar ke i-CATS.
UNTUK ALBUM: Zainal (barisan belakang, bersongkok) dan Robin (kanan Zainal) dan pegawai SMK Kapit.No. 2 bergambar beramairam­ai sempena lawatan sambil belajar ke i-CATS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia