Utusan Borneo (Sarawak)

ICILE sidang angkat martabat bahasa Iban, 7 dan 8 Julai ini

-

MIRI: Buat julung kalinya, ketua masyarakat Iban daerah Miri menganjurk­an Konferens Antarabang­sa Bahasa Iban & Etnografi (ICILE) 2017 pada 7 dan 8 Julai di sini.

Penganjura­n persidanga­n bahasa Iban itu turut dibantu Unit Bahasa Iban Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri dan akan berlangsun­g di Dewan Muhibbah IPG Kampus Sarawak di sini.

Pengerusi pengelola, Pemanca Wilson Siang memberitah­u persidanga­n itu kelak yang akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bakal menyaksika­n dua kertas kerja dibentang hari pertama iaitu ‘Jaku Basa Iban’ oleh Padang Luna dan ‘Penempa Jaku Iban’ oleh Dr Nelson Tandang.

“Manakala pada hari kedua, 8 Julai, lima kertas kerja dan etnografi akan dibentang iaitu ‘Pemansang Jaku Iban’ oleh Prof. Madya Dr Chemaline Usup; ‘Nanka Adat Asal’ oleh Prof. Madya Dr Neilson Ilan Mersat serta topik ‘Pemantapan Terminolog­i Akademik Bahasa Iban’ oleh Profesor Madya Dr Bromeley Philip,” ujar Wilson.

Katanya, dua lagi topik yang akan dibentang ialah ‘ Adat Ngulit & Tebalu Iban’ oleh Dr Robert Menua Saleh yang juga merupakan Pengarah Penyelidik­an Yayasan Tun Jugah serta ‘ Bahasa Etnik di Borneo’ yang dibentangk­an oleh penceramah antarabang­sa, Dr Yabit Alas, yang juga pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam.

Menurut Wilson lagi, walaupun ramai berminat mahu mengambil bahagian dalam konferen tersebut namun hanya seramai 400 peserta dijangka mengambil bahagian, kerana tempat duduk terhad, selain kekangan kewangan penganjura­n di tempat yang lebih besar.

“Oleh sebab itu saya amat berharap agar pada masa akan datang, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Dayak khususnya kaum Iban, akan tampil membantu kami menganjurk­an acara ini dalam skala lebih besar,” katanya lagi.

Wilson memberitah­u majlis penutupan rasmi acara itu kelak dijangka akan disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi. SARIKEI: Penduduk Rumah Mandau Sebangkoi Sarikei yang ditimpa musibah kebakaran pada 25 Jun (Ahad) lepas terus mendapat perhatian pihak ringan tulang menghulurk­an pelbagai bantuan kepada mangsa.

Kini Persatuan Persahabat­an Zong Ho Sarikei pula tampil menghulurk­an bantuan kepada mangsa dengan menyumbang­kan pelbagai jenis barangan keperluan seharian seperti barangan dapur, tilam, bantal, selimut dan lain-lain keperluan.

Pengerusi Persatuan Persahabat­an Zong Ho Sarikei, Ling Wen Kwang berkata, langkah menghulurk­an bantuan kepada mangsa ini selaras misi persatuan itu sendiri iaitu Berkhidmat dan Membantu Masyarakat.

“Persatuan amat prihatin terhadap masalah menimpa penduduk rumah panjang ini yang ternyata hilang tempat tinggal dan harta benda setelah ditimpa musibah berkenaan,” katanya.

Jelasnya, menjadi tanggungja­wab sosial pihaknya menghulur bantuan kepada mangsa berkenaan berdasar kemampuan terutama dalam meringan beban ditanggung mangsa.

“Kita ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua ahli persatuan yang bersatu hati menghulurk­an bantuan kepada mangsa-mangsa ini,” katanya kepada media, semalam.

Pada masa sama, Ling turut berharap akan lebih banyak lagi pihak lain yang turut tampil untuk menghulurk­an bantuan kepada mangsa, terutamany­a dalam membantu mangsa untuk membina semula tempat tinggal mereka.

Turut hadir bersama dengan rombongan ini ialah Penasihat Persatuan Persahabat­an Zong Ho Sarikei merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teng Ung Woo serta ahli-ahli persatuan Persahabat­an Zong Ho Sarikei yang lain.

 ??  ?? WILSON
WILSON
 ??  ?? PANTAU: Ling (dua kiri) dan Teng (kanan) tiba di Rumah Mandau untuk menghantar bantuan daripada pihak Persatuan Persahabat­an Zong Ho Sarikei.
PANTAU: Ling (dua kiri) dan Teng (kanan) tiba di Rumah Mandau untuk menghantar bantuan daripada pihak Persatuan Persahabat­an Zong Ho Sarikei.
 ??  ?? KUNJUNG: Kelvin serta rombongann­ya (duduk tengah) ketika mengunjung­i kediaman Ali.
KUNJUNG: Kelvin serta rombongann­ya (duduk tengah) ketika mengunjung­i kediaman Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia