Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Imigresen gempur PATI mulai tengah malam tadi

Tempoh permohonan E-Kad tamat selepas dilancar 15 Feb

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan melaksanak­an operasi gempur besarbesar­an di seluruh negara bermula tengah malam tadi bagi mengesan pendatang asing tanpa izin ( PATI) selaras dengan tamatnya tempoh permohonan kad sementara atau ‘Enforcemen­t Card’ (EKad), semalam.

K e t u a P e n g a r a h n y a , Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya ternyata kecewa dengan sikap berlengah para majikan yang tidak membuat pendaftara­n dengan lebih awal walaupun program tersebut telah dilancarka­n sejak 15 Feb lalu.

Beliau berkata setakat jam 8 pagi semalam, hanya 23 peratus iaitu 155,680 PATI melibatkan 26,957 majikan telah membuat permohonan dan sebanyak 140,746 E- Kad telah dikeluarka­n, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.

Menurutnya, warga Bangladesh adalah warganegar­a PATI yang tertinggi mendaftar E- Kad diikuti Indonesia, Myanmar dan Nepal.

“Saya sudah tegaskan banyak kali bahawa tarikh akhir pendaftara­n adalah pada 12 tengah malam ini ( malam tadi), dan ia tidak akan disambung,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Mustafar berkata selepas tempoh tersebut selain tangkapan ke atas PATI, majikan juga akan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan melindungi serta

Saya sudah tegaskan banyak kali bahawa tarikh akhir pendaftara­n adalah pada 12 tengah malam ini (malam tadi), dan ia tidak akan disambung. Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah Jabatan Imigresen

menggaji PATI mengikut Seksyen 56(1) dan Seksyen 55B di bawah Akta Imigresen 1959/ 1963 termasuk menggaji warga asing yang menyalahgu­nakan pas pelajar mereka.

Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini semalam mendapati ia masih lagi sesak sejak kelmarin dengan kehadiran majikan dan PATI memilih untuk tampil mendaftar EKad pada saat-saat akhir.

Katanya, walaupun permohonan ditutup pada jam 12 tengah malam tadi, tetapi para pegawai terpaksa bekerja sehingga jam 7 pagi ini bagi memproses kesemua dokumen yang sedia ada.

Malah, katanya, atas kapasiti yang terbatas, permohonan majikan yang datang ke pejabat imigresen selepas jam 11.30 pagi semalam terpaksa diketepika­n terlebih dahulu bagi pihaknya memproses kesemua permohonan yang sedia ada.

Mustafar turut memaklumka­n pihaknya menahan beberapa orang, yang didakwa sebagai ejen, yang m e n g a m b i l k e s e m p a - tan dengan mengeluark­an E-Kad palsu.

Katanya, permohonan EKad perlu diuruskan sendiri oleh majikan tanpa melibatkan orang tengah.

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Mustafar beramah mesra dengan para majikan yang hadir bagi menguruska­n pendaftara­n ‘Enforcemen­t Card’ atau E-Kad pada hari terakhir permohonan kad itu di Dewan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Mustafar beramah mesra dengan para majikan yang hadir bagi menguruska­n pendaftara­n ‘Enforcemen­t Card’ atau E-Kad pada hari terakhir permohonan kad itu di Dewan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia