Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 41,673 PATI hadir pohon E-Kad di Selangor

-

PELABUHAN KLANG: Hanya 41,673 pendatang asing tanpa izin ( PATI) hadir bagi membuat permohonan Enforcemen­t Card (E-Kad) di sini sejak 15 Feb lalu sehingga kelmarin, jauh lebih rendah daripada sasaran Jabatan Imigresen Selangor iaitu 100,000 orang.

Pengarahny­a, Omran Omar berkata daripada jumlah itu, 40,395 permohonan diluluskan manakala 1,278 p e r m o h o n a n d i t o l a k kerana berada dalam senarai hitam jabatan berkenaan selain tidak menepati syarat kelayakan bagi memohon E-Kad.

“PATI dari Bangladesh merupakan yang paling ramai hadir membuat permohonan E-Kad di sini (Pejabat Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang) dengan jumlah 26,874 orang diikuti PATI dari Indonesia seramai 12,812 dan Myammar seramai 658 orang.

“PATI yang bekerja di sektor pembinaan adalah yang terbanyak membuat permohonan E-Kad dengan jumlah 18,886 orang diikuti sektor perkilanga­n seramai 9,774, perkhidmat­an (9,730) perladanga­n ( 1,681) dan pertanian (1,602),” katanya di sidang akhbar di sini semalam.

Omran berkata, pihaknya akanmengad­akanoperas­ibesarbesa­ran untuk menggempur PATI sebaik sahaja tempoh pemohonan E-Kad tamat pada tengah malam tadi.

“Kami tidak akan berkomprom­i dengan manamana PATI dan majikan yang didapati bersalah, Jabatan Imigresen sudah memberikan tempoh yang secukupnya selama hampir lima bulan untuk majikan dan PATI untuk memohon E-Kad,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di pekarangan Pejabat Jabatan Imigresen Selangor mendapati ia dibanjiri kira-kira 1,000 PATI yang hadir seawal jamempatpa­gi untuk membuat permohonan E-Kad pada saatsaat akhir. — Bernama PENDANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan ditemukan lemas di dalam tali air kawasan kebun getah berdekatan rumahnya di Rancangan Perumahan Tempatan (RTP) Paya Mak Insun, di sini petang kelmarin.

Ketua Polis daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata mangsa, Faridah Afrina Mohd Fadhlisham, dijumpai sudah tidak bernyawa oleh bapanya Mohd Fadhlisham Che Me, 39, semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bersama penduduk kampung pada jam 6.30 petang.

Katanya, bapa mangsa menyedari kejadian itu pada 4.45 petang selepas mendapat panggilan telefon daripada adik iparnya yang memaklumka­n bahawa anaknya itu tiada di rumah ketika hujan lebat turun.

“Ketika itu bapa mangsa tiada di rumah dan selepas mendapat panggilan kecemasan, bapanya terus balik dan mengesyaki anaknya jatuh ke dalam parit di tepi rumah dan dibawa arus kuat akibat hujan lebat, sebelum mencari sekitar rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Fadzil berkata siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes berkenaan diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) di Alor Setar bagi proses bedah siasat dan dituntut anggota keluarga untuk dikebumika­n semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AJAL: Mohd Fadlisham menunjukka­n lokasi kejadian anaknya Farisha berusia setahun sepuluh bulan yang ditemui lemas di dalam parit bersebelah­an rumahnya di Rancangan Tepi Pinggir (RTP) Bukit Mak Insun dekat Pedang, semalam.
— Gambar Bernama AJAL: Mohd Fadlisham menunjukka­n lokasi kejadian anaknya Farisha berusia setahun sepuluh bulan yang ditemui lemas di dalam parit bersebelah­an rumahnya di Rancangan Tepi Pinggir (RTP) Bukit Mak Insun dekat Pedang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia