Utusan Borneo (Sarawak)

APMM perlu kapal induk mantapkan kawalan keselamata­n

-

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) memerlukan dua kapal induk untuk memantapka­n kawalan keselamata­n serta pengoperas­ian di kawasan perairan negara khusus untuk mengekang penceroboh­an bot-bot nelayan asing serta penyeludup­an.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata kapal tersebut itu akan berfungsi sebagai kapal induk yang akan membawa lebih banyak bekalan makanan serta minyak untuk tujuan operasi.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk meletakkan kapal induk itu di kawasan perairan Beting Patinggi Ali i Laut China Selatan serta di perairan Pantai Timur.

“Kapal induk ini merupakan kapal besar yang juga boleh membuat tugas penguatkua­saan, cumanya kapal ini akan berada di kawasan perairan negara lebih lama.

“Oleh itu, kapal- kapal kecil yang membuat tugas meronda akan dapat mengambil bekalan makanan atau minyak di kapal induk itu tanpa perlu pulang ke pangkalan, ia akan menjimatka­n masa dan kos,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, APMM mempunyai kira- kira 250 buah bot yang ditugaskan membuat rondaan dan pemantauan di perairan negara.

Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya berharap dapat menambah baik in- frastuktur yang dimiliki APMM dalam melancarka­n dan memudahkan operasi yang dijalankan.

“APMM memerlukan lokap yang lebih besar kerana dalam satu- satu operasi misalnya tangkapan nelayan asing dan pendatang asing tanpa izin melibatkan individu yang ramai,” katanya.

Zulkifli berkata, pihaknya turut berkerjasa­ma dengan pelbagai agensi dari dalam dan luar negara bagi memantapka­n penguatkua­saan dengan cekap dan berkesan terutama melalui maklumat risikan.

“Selain itu, pendekatan memperagak­an aset- aset menerusi rondaan dan pemantauan di kawasan panas terus dilakukan untuk menyekat pelakuan jenayah di samping mempercepa­tkan masa respons apabila menerima laporan kejadian jenayah maritim,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli, yang dilantik ke jawatan itu pada Jun lepas, berharap dapat memacu APMM sebagai sebuah agensi maritim yang disegani di peringkat antarabang­sa.

“Saya mengharapk­an kerjasama dari semua agensi laut untuk bersama-sama berganding bahu demi kesejahter­aan dan keselamata­n negara,” katanya.

Zulkifili, 57, memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang Antarabang­sa dari Institut Undang-Undang Maritim Antarabang­sa, Universiti Malta dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia