Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah kesihatan mental pembunuh dalam diam

Perlu rawatan segera terutama dalam kalangan anak muda

-

KUALA LUMPUR: Ramai yang beranggapa­n masalah kesihatan mental hanya merujuk kepada gila, hakikatnya kemurungan, depresi dan gangguan emosi juga merupakan antara penyakit mental yang boleh memudaratk­an.

Pakar Psikologi Dr Adrian Lim berkata masalah kesihatan mental diibaratka­n sebagai ‘pembunuh dalam diam’ dan perlu diberi rawatan segera terutamany­a dalam kalangan anak muda.

“Kekangan kewangan, berdepan dengan masalah keluarga dan kerjaya merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkata­n masalah kesihatan mental... masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditangani secara segera, memandangk­an anak muda merupakan generasi pelapis negara.

“Rata- rata pesakit yang mendapatka­n nasihat saya, baharu sahaja memulakan ker- jayatetapi­apabilamer­eka gagal untuk mencapai matlamat, persepsi keluarga dan masyarakat terhadap mereka mula berubah hingga menyebabka­n mereka rasa tertekan dan tidak berguna,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Tambahnya keadaan ini berbeza dengan apa yang berlaku lebih sedekad lalu, yang mana keluarga lebih memaha- mi anak-anak dan mereka tidak terlalu memberi tekanan kepada anak muda, meskipun mereka gagal dalam kerjaya.

Dr Lim berkata anak muda kini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan keluarga, tetapi faktor ekonomi juga menyumbang kepada peningkata­n tahap keseriusan tekanan mental mereka.

“Ramai yang beranggapa­n anak muda yang baharu me- langkah ke alam pekerjaan tidak mempunyai kekangan kewangan, tetapi secara tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai bebanan kewangan sebaik sahaja tamat pengajian kerana pinjaman yang diambil untuk membiayai pendidikan mereka.

“Apabila mereka mula melangkah ke alam pekerjaan, dengan gaji yang diterima, banyak yang perlu diambil kira termasuk kelangsung­an hidup terutamany­a di kawasan bandar yang mana kos sara hidup adalah tinggi,” katanya.

Beliau berkata masalah ini harus ditangani segera dan pelbagai pihak terutamany­a ibu bapa dan rakan sebaya perlu memainkan peranan dengan mewujudkan suasana persekitar­an yang lebih positif dan memahami.

Individu yang berhadapan dengan tekanan boleh berjumpa dengan pakar psikologi atau psikiatri untuk mendapatka­n khidmat nasihat, katanya. — Bernama

Rata-rata pesakit yang mendapatka­n nasihat saya, baharu sahaja memulakan kerjaya tetapi apabila mereka gagal untuk mencapai matlamat, persepsi keluarga dan masyarakat terhadap mereka mula berubah hingga menyebabka­n mereka rasa tertekan dan tidak berguna.

ALOR GAJAH: Jenazah adik ipar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Air Batu kira-kira jam 4.15 petang semalam.

Allahyarha­m Kamarulzam­an Khamis, 59, menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 10.59 pagi semalam akibat komplikasi jantung.

A l l a h y a r h a m d i p i n - dahkan ke hospital itu dari Hospital Kem Terendak pada jam 3 pagi kelmarin selepas beliau mengadu sakit.

Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Yang diPertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron antara kirakira 300 orang yang hadir di tanah perkuburan itu.

Terdahulu jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah, diimamkan oleh Imam 1 masjid Abu Said Jaafar.

Allahyarha­m Kamarulzam­an yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik meninggalk­an seorang isteri Azaryasmin Mahat, 55, serta dua anak, Mohamad Akhlami, 29, dan Atiqah Hanani, 27.

Usai pengebumia­n, Timbalan Perdana Menteri berterima kasih kepada semua yang hadir dan mereka yang terlibat dalam pengurusan jenazah adik iparnya. — Bernama

Dr Adrian Lim Pakar Psikologi

 ?? — Gambar Bernama ?? SUASANA PILU: Hamidah Khamis menyiram air mawar di pusara adiknya Allahyarha­m Kamarulzam­an Khamis selepas disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Solok Air Batu, Masjid Tanah di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama SUASANA PILU: Hamidah Khamis menyiram air mawar di pusara adiknya Allahyarha­m Kamarulzam­an Khamis selepas disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Solok Air Batu, Masjid Tanah di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia