Utusan Borneo (Sarawak)

Insurans indemniti, Pembanguna­n Profesiona­l Berterusan diwajibkan menjelang 2019

-

KUALA LUMPUR: Perm o h o n a n S i j i l A m a l a n Tahunan ( APC) daripada pengamal perubatan mesti disertakan dengan insurans indemniti profesiona­l dan bukti penyertaan dalam program Pembanguna­n Profesiona­l Berterusan, berkuat kuasa pada 1 Jan 2019.

M e n t e r i K e s i h a - tan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata, peraturan baharu itu ditetapkan di bawah Peraturan Perubatan 2017 yang akan berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini insurans indemniti profesiona­l tidak diwajibkan tetapi atas dasar sukarela, dan pengamal perubatan berhadapan risiko seperti tuntutan di atas kecuaian atau tidak memberikan perkhidmat­an atau nasihat secara profesiona­l.

“Menerusi peraturan baharu itu pengamal perubatan akan dilindungi daripada tanggungja­wab dari segi undang-undang di atas tindakan mereka.

Kerajaan membuat keputusan untuk memberikan masa yang cukup kepada pengamal perubatan untuk memenuhi peraturan baharu ini, dan kami berfikir 2019 adalah masa yang tepat untuk melaksanak­annya,” kata beliau pada sidang media mengenai peraturan baharu itu, di sini semalam.

Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dan Peraturan Perubatan 2017 yang akan berkuat kuasa hari ini bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa amalan perubatan dan memastikan keselamata­n dan kualiti penjagaan kesihatan kepada rakyat.

Subramania­m berkata di bawah peraturan baharu itu, pengamal perubatan yang memohon APC perlu juga menyertaka­n bukti penyertaan dalam program Pembanguna­n Profesiona­l Berterusan untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran bagi kebaikan pesakit.

“Ia boleh dalam bentuk sijil berkenaan kemahiran atau pengetahua­n terkini, ini adalah penting supaya doktor kita mempunyai cukup keupayaan dalam perubahan semasa dan teknologi,” katanya.

Sementara itu, Subramania­m berkata di bawah peraturan baharu itu, peranan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) akan diperkukuh­kan selaku sebuah entiti korporat yang mengawal selia amalan perubatan.

Beliau berkata selain daripada dibenarkan untuk mengambil pekerja mereka sendiri, majlis itu akan diper- kasakan untuk mengurus akaun kewangan sendiri dan menjana pendapatan tertentu daripada perkhidmat­annya.

“Dalam soal keanggotaa­n majlis itu, komposisi majlis berkenaan akan turut mengandung­i wakil daripada institusi pendidikan tinggi swasta.

“Pada masa ini MMC adalah di bawah Kementeria­n Kesihatan dan mereka tidak beroperasi dengan bebas, peraturan baharu ini akan menjadikan mereka lebih bebas daripada kekangan atau halangan tertentu daripada sumber kerajaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Subramania­m (kanan) bercakap mengenai akta baharu yang dibuat oleh Kementeria­n Kesihatan pada sidang media di Kementeria­n Kesihatan Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Subramania­m (kanan) bercakap mengenai akta baharu yang dibuat oleh Kementeria­n Kesihatan pada sidang media di Kementeria­n Kesihatan Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia