Utusan Borneo (Sarawak)

PERZIM rancang bina replika kapal Mendam Berahi bernilai RM10 juta

-

MELAKA: Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merancang membina sebuah replika kapal Mendam Berahi bernilai RM10 juta yang akan menjadi produk pelanconga­n terbaharu di negeri ini.

Pengurus Besar PERZIM Datuk Khamis Abas berkata, replika kapal berkenaan akan dibina bersebelah­an Muzium Kapal Selam di Klebang di sini dan dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan.

“Kerja merangka pelan, model dan pengisian bagi muzium (kapal Mendam Berahi) ini hampir siap sepenuhnya dan kita hanya menunggu peruntukan RM10 juta daripada Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

“Kapal Mendam Berahi ini memaparkan sejarah perkapalan Melayu Melaka pada abad ke-14 dan 15 yang telah menggunaka­n teknologi perkapalan pada abad berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis menyambut pengunjung ke 300,000 PERZIM di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Mengulas lanjut, Khamis berkata Muzium Kapal Mendam Berahi berkenaan dapat memuatkan antara 100 hingga 150 pengunjung pada satusatu masa dan ia dijangka akan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan generasi muda di negara ini seperti Muzium Kapal Samudera di Bandar Hilir dan Muzium Kapal Selam di Klebang.

Beliau berkata antara muzium yang mendapat sambutan atau kunjungan tertinggi adalah Muzium Samudera, Muzium Sejarah dan Ethnografi serta Muzium Kapal Selam.

Sementara itu, pengunjung ke 300,000 PERZIM Hisham @ Asang Teliban, 57, dari Terengganu berkata beliau dan keluarga tidak menyangka terpilih sebagai pengunjung bertuah dan berasa gembira dengan penghargaa­n berkenaan.

Beliau yang berkunjung ke Muzium TLDM bersama tujuh lagi anggota keluargany­a berkata dia ke Melaka untuk melawat salah seorang anaknya dan muzium berkenaan antara destinasi pelanconga­n yang dilawati di sekitar Bandar Hilir selain Muzium Samudera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia