Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan RCI tanpa niat politik: Salleh

STF syorkan penubuhan RCI untuk siasat punca sebenar kerugian matawang asing BNM

-

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan tidak seharusnya mempolitik­kan keputusan untuk menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca sebenar di sebalik kerugian urus niaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1980-an dan 1990-an, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak semalam.

Beliau berkata keputusan Kabinet itu dibuat tanpa sebarang niat jahat atau bermotifka­n politik, sebaliknya ia adalah syor yang dikemukaka­n oleh Pasukan Petugas Khas (STF) diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

“Kabinet membuat keputusan tepat untuk men- ubuhkan RCI oleh kerana negara dan rakyat inginkan kebenaran.

“Keputusan itu dibuat disebabkan kerugian urus niaga matawang asing ini adalah terlalu besar yang mengakibat­kan BNM secara teknikalny­a menjadi bankrap,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Salleh berkata, rancangan Pakatan Harapan untuk mengadakan jerayawara berkaitan perkara itu adalah untuk mengeliruk­an rakyat dan menjejaska­n RCI.

“Ini jelas sekali menunjukka­n bahawa Pakatan Harapan merupakan pembangkan­g yang gagal disebabkan mereka mengamalka­n pilih kasih.

“S e m a s a M a - h a t h i r ( b e k a s P e r d a n a M e n t e r i T u n D r Ma- hathir Mohamad) berada di dalam UMNO, mereka mendesak supaya ditub u h k a n R C I . S e k a - rang Mahathir bersama mereka, (tetapi) mereka menolak RCI,” katanya.

Pada 21 Jun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Kabinet bersetuju sebulat suara dengan syor STF bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian dalam urus niaga matawang asing oleh BNM.

Menurutnya, pasukan petugas itu turut mendapati ada percubaan un- tuk menyembuny­ikan fakta sebenar berkaitan kerugian itu, dengan maklumat mengeliruk­an dikemukaka­n kepada Kabinet dan parlimen.

PMO berkata pasukan petugas itu turut mendapati wujud kes prima facie yang perlu dijawab oleh BNM berhubung kerugian urus niaga matawang asing itu, dan oleh itu, mengesyork­an penubuhan RCI.

Sehubungan itu, katanya, penubuhan RCI dijangka merungkai isu yang membelengg­u negara sejak 23 tahun lepas. — Bernama

Keputusan itu dibuat disebabkan kerugian urus niaga matawang asing ini adalah terlalu besar yang mengakibat­kan BNM secara teknikalny­a menjadi bankrap. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ?? — Gambar Bernama ?? PECAH TANAH: S. Subramania­m (kiri) mendengar penerangan daripada arkitek projek, Shahrul (kanan) pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Mahkota Cheras di tapak pembinaan sekolah tersebut di Bandar Mahkota Cheras, Kuala...
— Gambar Bernama PECAH TANAH: S. Subramania­m (kiri) mendengar penerangan daripada arkitek projek, Shahrul (kanan) pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Mahkota Cheras di tapak pembinaan sekolah tersebut di Bandar Mahkota Cheras, Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia