Utusan Borneo (Sarawak)

Setinggan terbiar jejas imej ibu kota, ancam keselamata­n penduduk

-

KUALA LUMPUR: Di sebalik pembanguna­n pesat di sekitar Jalan Cheras dan Jalan Lombong di sini, masih terdapat rumah setinggan dan dewan terbiar yang belum dilupuskan, sekali gus mencacatka­n pemandanga­n bandar raya.

Lebih memburukka­n keadaan, terdapat juga longgokan sampah sarap di situ, bukan sahaja menyebabka­n bau busuk malah menjadi tempat pembiakan nyamuk yang boleh menjejaska­n kesihatan penduduk setempat.

Pengerusi rumah berhala Wong Loo Sen See Chee Choong, yang terl e t a k k u r a n g 1 0 0 meter dari kawasan terbiar itu, How Joon Wai berkata situasi itu menjejaska­n imej tokong berkenaan yang menjadi tempat tarikan pelancong.

“Setiap hari ramai pelancong asing yang datang ke sini (tokong) kerana ia terletak kurang 10 kilometer dari KLCC dan hanya 200 meter dari Sunway Velocity Mall, jadi amat memalukan bila mereka datang dan melihat persekitar­an yang buruk seperti ini.

“Walaupun kami meme- lihara kebersihan dan kecantikan tokong, tidak ada gunanya jika keadaan di luar tokong pula sebaliknya, orang yang datang untuk beribadat juga boleh terganggu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

S u r i r u m a h Wong Siew Len, 78, berkata bau busuk yang datang dari longgokan sampah t e l a h menyebabka­n ketidaksel­esaan dan gangguan untuk dia serta keluargany­a menjalanka­n aktiviti harian.

“Longgokan sampah ini betul- betul diletakkan di hadapan rumah saya, jadi kami sekeluarga terpaksa tinggal dalam bau busuk yang memualkan setiap hari”, katanya.

Helen Wong, 70, pula berkata dewan terbiar di kawasan itu turut mengundang rasa bimbang berikutan struktur bangunan yang tidak kukuh dan reput boleh mengancam keselamata­n pengguna jalan raya.

“Bahagian bumbung dewan ini boleh runtuh bila-bila masa sahaja, bayangkan jika ia menimpa orang yang lalu lalang?” katanya.

Malah menurut Timbalan Ketua Wanita MCA Wilayah Persekutua­n Heng Sinn Yee, lebih membimbang­kan apabila dewan usang itu juga kini menjadi sarang untuk penagih dadah melepaskan gian.

“M a s a l a h - m a s a l a h ini tidak boleh dibiarkan berlarutan, saya berharap pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Alam Flora akan mengambil tindakan segera,” katanya yang menerima aduan tersebut daripada penduduk pada Rabu lepas.

Heng berkata beliau difahamkan perumahan setinggan telah berada dalam keadaan terbiar selama dua tahun, manakala dewan pula kirakira 30 tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KOTOR: Longgokan sampah-sarap yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya di Jalan Lombong, Taman Miharja mencacatka­n pemandanga­n kawasan tersebut selain menyebabka­n bau busuk serta boleh menjejaska­n kesihatan penduduk setempat di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KOTOR: Longgokan sampah-sarap yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya di Jalan Lombong, Taman Miharja mencacatka­n pemandanga­n kawasan tersebut selain menyebabka­n bau busuk serta boleh menjejaska­n kesihatan penduduk setempat di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBIAR: Heng (tiga kanan) bersama penduduk sekitar kawasan Jalan Lombong, Taman Miharja menunjukka­n keadaan bumbung sebuah dewan terbiar yang telah rosak dan dibimbangi akan runtuh ketika mengadakan sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERBIAR: Heng (tiga kanan) bersama penduduk sekitar kawasan Jalan Lombong, Taman Miharja menunjukka­n keadaan bumbung sebuah dewan terbiar yang telah rosak dan dibimbangi akan runtuh ketika mengadakan sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia