Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited tingkat pendidikan sekolah Tamil

-

KUALA LUMPUR: Pembanguna­n pesat sekolah Tamil di seluruh negara bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kualiti pendidikan sekolah berkenaan berada pada tahap tertinggi, sekali gus mengubah persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan tersebut.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata sokongan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membolehka­n pembanguna­n sistem pendidikan sekolah Tamil dirangka secara lebih holistik dan meningkatk­an mutu penyampaia­n pendidikan sekolah tersebut.

“Dahulu masyarakat golongan pertengaha­n selalu mengabaika­n sekolah Tamil. Mereka menganggap mutu pendidikan sekolah Tamil rendah dan tidak berkualiti.

“Kini dengan pembinaan lebih banyak sekolah Tamil terutamany­a di kawasan penempatan golongan pertengaha­n, ia akan meningkatk­an keyakinan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap mutu pendidikan sekolah Tamil,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Mahkota Cheras di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S. K. Devamany.

Dr Subramania­m berka- ta sekolah Tamil juga perlu memberikan tumpuan terhadap pencapaian dalam pelbagai bidang, termasuk mengurangk­an tahap keciciran dalam kalangan pelajar dan mengajak semua pihak bekerjasam­a menjadikan sekolah itu sebagai sekolah pilihan untuk ibu bapa.

Selain itu, beliau ketika ditemui pemberita memaklumka­n bahawa SJKT Bandar Mahkota Cheras yang dijangka siap dibina pada suku ketiga tahun depan akan menjadi sekolah Tamil yang ke-99 di Selangor dan ke-527 di Malaysia.

SJKT Bandar Mahkota Cheras itu dibina bagi menempatka­n pelajar di kawasan berdekatan, yang kini terpaksa menghadiri sesi persekolah­an di SJKT Kajang dan SJKT Serdang, katanya yang juga Menteri Kesihatan.

Dibina dengan kos keseluruha­n RM21.08 juta yang diperuntuk­kan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia di atas tanah seluas 6.2 ekar, sekolah berkenaan mampu menempatka­n antara 800-900 murid setelah siap dibina.

Perdana Menteri pada 22 Jan 2012 mengumumka­n kesediaan kerajaan untuk membina enam SJKT baharu di Malaysia iaitu SJKT Taman Keladi di Sungai Petani, SJKT Heawood di Sungai Siput, SJKT Taman Sentosa di Klang, SJKT Taman PJS1 di Petaling Jaya, SJKT Bandar Mahkota Cheras dan SJKT Bandar Seri Alam di Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia