Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat tukaran kad konsesi baharu MyRapid di Stesen LRT Sri Rampai

-

KUALA LUMPUR: MyRapid membuka pusat tukaran kad konsesi terbaharu di Stesen LRT Sri Rampai menjadikan jumlah keseluruha­n empat pusat setakat ini, kata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Dalam satu kenyataan semalam, Prasarana berkata pusat baharu itu dijangka menampung keperluan penduduk di Kuala Lumpur utara termasuk pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.

Pertukaran kad MyRapid yang baharu memudahkan pemegang kad melakukan perjalanan dengan lancar antara jaringan bas Rapid KL, monorel, BRT dan LRT dengan jajaran MRT Sungai Buloh- Kajang fasa dua yang dijadualka­n dibuka secara rasmi pada 17 Julai ini, kata kenyataan itu.

D u a l a g i p u s a t y a n g beroperasi sejak 21 Jun lalu ialah di Stesen LRT Awan Besar ( Laluan LRT Sri Petaling/Ampang) dan Stesen LRT Subang Jaya di Laluan Kelana Jaya.

Prasarana berkata tiga pusat tukaran kad konsesi MyRapid ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar, warga emas dan golongan kurang upaya menukar kad mereka kepada kad konsesi MyRapid baharu di bawah platform Touch ‘n Go.

Dalam kenyataan sama, Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik kumpulan Lim Jin Aun dipetik berkata fasa dua MRT Sungai Buloh-Kajang akan berintegra­si dengan LRT Kelana Jaya di Pasar Seni dan LRT Sri Petaling/Ampang di Maluri dan Plaza Rakyat.

“Memandangk­an sistem tiket jajaran MRT Sungai Buloh- Kajang hanya menerima token dan kad nilai disimpan di bawah platform Touch ‘n Go, pemegang kad MyRapid yang memasuki sistem MRT melalui jaringan LRT akan menghadapi kesukaran untuk keluar di stesen MRT,” katanya.

J u s t e r u k a t a L i m , a d a l a h p e n t i n g b a - gi pemegang kad konsesi MyRapid menukar kad nilai disimpan mereka kepada kad baharu di bawah platform Touch ‘n Ho.

“P e r t u k a r a n i n i adalah percuma namun memerlukan sedikit masa memandangk­an kami perlu menentusah­kan status pemegang kad konsesi serta merakam gambar mereka sebelum mencetak kad baharu di situ juga.

“Memandangk­an kami mengutamak­an warga emas dan golongan kelainan upaya, kami dapat menyiapkan pertukaran untuk mereka dalam tempoh 15 minit, terutama di Stesen Subang Jaya dan Awan Besar,” katanya.

Setakat ini lebih 75,000 kad MyRapid generik dan hampir 14,000 kad konsesi MyRapid telah ditukar kepada kad Touch ‘n Go MyRapid baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia