Utusan Borneo (Sarawak)

POKB bantu penduduk Kelantan hadapi masalah sumbing bibir

-

KOTA BHARU: Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) akan membantu mereka yang menghadapi masalah sumbing bibir di jajahan Pasir Mas mendapatka­n rawatan secara percuma.

Presidenny­a, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata program itu yang dirancang dilaksanak­an pada Oktober ini mendapat kerjasama Hospital Pasir Mas, Majlis Daerah Pasir Mas dan Fakulti Pergigian Universiti Malaya.

“POKB akan mendapatka­n kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas untuk mengenal pasti individu yang menghadapi masalah sumbing bibir sama ada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh jajahan Pasir Mas untuk kita bantu mendapatka­n rawatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tahun lepas, kira-kira 30 pesakit sumbing bibir pelbagai peeringkat umur di jajahan Kuala Krai menerima rawatan.

“Program ini dilaksanak­an kerana kita tidak mahu mereka terutama kanakkanak yang mengalami masalah sumbing bibir membesar dalam keadaan rendah diri dan sebaliknya membesar seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.

Beliau berkata matlamat POKB adalah untuk men- sifarkan bilangan mereka yang menghadapi masalah sumbing bibir di negeri ini kerana kajian Universiti Malaya mendapati ramai penduduk Kelantan menghadapi masalah itu.

“Pembedahan tidak melibatkan kos yang tinggi dan tidak mengambil masa yang lama, lagipun Universiti Malaya mempunyai pakar-pakar dalam bidang tersebut yang akan merealisas­ikan pembedahan berkenaan,” katanya.

Justeru, Sheikh Ahmad Dusuki meminta kerjasama ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah sumbing bibir menjalani rawatan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia