Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman selangkah menjulang Piala Konfederas­i

Aksi mantap Goretzka bawa juara dunia itu ke final bertemu Chile selepas menundukka­n Mexico 4-1

-

SOCHI: Jerman menempah tempat dalam perlawanan akhirPiala­Konfederas­iselepas Leon Goretzka menjaringk­an dua gol pada babak pertama untuk mencapai kemenangan 4-1 ke atas Mexico dalam perlawanan separuh akhir kelmarin.

Goretzka, pemain tengah, bermain cemerlang di Sochi dengan gol-gol pada minit keenam dan minit kelapan sebelum Timo Werner dan pemain gantian Amin Younes menjaringk­an gol pada separuh masa kedua.

Marco Fabian menjaringk­an gol saguhati yang cantik untuk Mexico pada minit ke-89 dengan satu tendangan percuma yang kencang dari jarak jauh.

Juara dunia Jerman akan menentang Chile dalam perlawanan akhir Ahad ini di St Petersburg manakala Mexico menentang Portugal dalam play- off tempat ketiga di Moscow.

“Kami sekarang perlu memberi ganjaran kepada diri sendiri bagi usaha gigih kami dan kami mahu mendapatka­n kejuaraan,” kata Goretzka.

Pasukan Jerman seri 1-1 dengan Chile, juara Copa America, ketika keduadua pasukan bertemu pada Khamis minggu lepas di Kazan.

“Kami sudah menentang mereka pada peringkat kumpulan dan kami tahu mereka bagus, mereka merupakan salah satu pasukan terbaik dalam pertanding­an ini yang saya lihat setakat ini,” kata kapten Jerman Julian Draxler.

Goretzka dan Werner kini merupakan penjaring terbanyak bersama di kejohanan ini dengan tiga gol seorang di Russia.

Jurulatih Mexico Juan Carlos Osorio berkata keputusan itu bukan cerminan yang adil.

Pasukannya melakukan dua kali lebih banyak rembatan

Kami sekarang perlu memberi ganjaran kepada diri sendiri bagi usaha gigih kami dan kami mahu mendapatka­n kejuaraan. Leon Goretzka Pemain tengah Jerman

Goretzka menjaringk­an gol keduanya pada aksi separuh akhir Piala Konfederas­i di antara Jerman dan Mexico di Stadium Fisht, Sochi Rusia. daripada pasukan Jerman, tetapi tidak dapat menggunaka­n peluang mereka.

“Cara kami bermain sangat agresif. Kami cuba menyerang sepanjang masa dan kami menanggung akibatnya,” kata Osorio.

“Mereka adalah pemenang yang adil, tetapi keputusan perlawanan seakan-akan membayangk­an mereka jauh lebih bagus dan saya tidak fikir itu adalah benar.”

Ketua jurulatih Jerman Joachim Loew membuat kejutan sebelum sepak mula apabila dia meletakkan pemain berusia 20 tahun Benjamin Henrichs di sayap kanan untuk permulaan pertama dalam perlawanan antarabang­sa ketiganya di Russia.

Langkah berani itu membuahkan hasil apabila Henrichs mengambil kesempatan ke atas satu kesilapan awal dan hantaranny­a menemui Goretzka yang meluru ke arah kotak penalti.

Penyerang Schalke itu mengawal bola sambil berlari dan meledakkan rembatan melepasi penjaga gol Mexico Guillermo Ochoa pada minit keenam.

Goretzka menjaringk­an gol lagi tidak lama kemudian apabila hantaran Werner membuka barisan pertahanan Mexico dan dia merembat masuk.

Gol-gol awal itu menyedarka­n raja kebangkita­n Mexico, yang bangkit dalam ketigatiga perlawanan peringkat kumpulan untuk menewaskan New Zealand dan Russia selepas mencatatka­n keputusan seri dengan Portugal.

Pemain tengah Giovani dos Santos sentiasa mengancam pada separuh masa pertama.

Apabila Draxler didapati leka di tepi kawasan penalti, Dos Santos merampas bola daripadany­a, tetapi membuat rembatan yang sipi sedikit.

Dos Santos dari kelab LA Galaxy dan pemain Villarreal yang sama nama dengannya Jonathan Dos Santos memaksa penjaga gol Jerman Marc- Andre ter Stegen untuk menyelamat­kan gawang dua kali selepas s e t e n g a h jam berlalu. Javier H e r n a n - dez mensiasiak­an peluang terbaik Mexico apabila cubaannya melayang ke atas palang gol hanya beberapa minit kemudian. Mexico menahan tekanan dan tendangan percuma Hector Herrera terpaksa ditolak ke atas p a l a n g oleh Ter Stegen. Ia kekal 2-0 pada waktu rehat, tetapi Mexico menguasai 62 peratus permainan pada separuh masa pertama dan 10 rembatan berbanding lima bagi Jerman. Juara dunia itu memperketa­tkan pertahanan mereka sewajarnya bagi babak kedua dan Ter Stegen cukup mantap untuk menafikan peluang M e x - i c o yang alang-alang. Gol ketiga dijaringka­n sejurus sebelum minit ke-60 apabila hantaran Draxler ke dalam kawasan penalti menemui Jonas Hector, yang menarik Ochoa untuk Werner menolak masuk gol ketiganya di Russia selepas menjaringk­an dua gol ketika menentang Cameroon pada Ahad lepas. Goretzka digantikan oleh pemain tengah Liverpool Emre Can bagi tempoh 23 minit terakhir kerana Loew mahukan merehatkan­nya bagi perkawanan akhir Ahad ini. Dengan baki 15 minit sebelum tamat, Raul Jimenez menanduk bola yang terkena palang gol selepas menewaskan Ter Stegen. Tiada yang dijangka apabila Fabian tampil untuk tendangan percuma di dalam kawasan Jerman, tetapi rembatanny­a meluru ke sudut atas gawang. Pasukan Jerman terkejut seketika tetapi pemain gantian Younes menenangka­n perasaan dan emosi dengan jaringan keempat dalam m a s a k e c e d - e r a a n . — AFP

 ?? — Gambar Reuters Gambar Reuters — ?? M E N Y E R L A H : Goretzka meraikan gol jaringanny­a pada p e r l awa n a n tersebut. Jerman menang dengan keputusan 4- 1.
— Gambar Reuters Gambar Reuters — M E N Y E R L A H : Goretzka meraikan gol jaringanny­a pada p e r l awa n a n tersebut. Jerman menang dengan keputusan 4- 1.
 ??  ?? TERJAH GAWANG:
TERJAH GAWANG:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia