Utusan Borneo (Sarawak)

Grayson pengurus baharu Sunderland

-

SUNDERLAND: Kelab Inggeris Sunderland menandatan­gani Simon Grayson sebagai pengurus baharu mereka dengan kontrak selama tiga tahun dari sebuah lagi kelab liga Championsh­ip Preston North End kelmarin.

Grayson, bekas pengurus Leeds United yang berusia 47 tahun, menggalas tugas di Deepdale sejak 2013, tetapi diberi kebenaran oleh Preston untuk mengadakan rundingan dengan Sunderland, yang menyaksika­n David Moyes meletak jawatan selepas penyingkir­an mereka dari Liga Perdana pada musim lepas.

“Sunderland AFC gembira untuk mengalu-alukan Simon Grayson sebagai pengurus baharu kelab,” satu kenyataan Sunderland menyebut.

“Grayson, seorang pengurus berpengala­man yang sudah memikul tanggungja­wab bagi lebih 600 perlawanan, mempunyai pengalaman yang luas membina dan menambah baik pasukan yang dibimbingn­ya.

“Dia tiba di Stadium of Light selepas empat tahun di Preston North End, di mana dia membawa kelab itu dari Liga Satu ke dalam liga Championsh­ip.”

Grayson, bekas pemain pertahanan Leicester City, turut membimbing Leeds dan Huddersfie­ld Town untuk naik dari divisyen ketiga ke liga Championsh­ip masing- masing pada 2010 dan 2012. — AFP ROSARIO: Bintang-bintang bola sepak dan dunia hiburan berhimpun di Argentina untuk majlis perkahwina­n selebriti dekad in di Amerika Latin sementara superstar Barcelona Lionel Messi bersiap sedia untuk mengahwini kekasihnya sejak zaman kanak- kanak, Antonella Roccuzzo semalam. Bintang pop Shakira dan suaminya yang juga rakan sepasukan Messi, Gerard Pique, adalah antara 260 tetamu, menurut media dan penduduk tempatan yang dekat dengan majlis itu. Mereka disertai rakan- rakan lama pasangan itu dan pemain bola sepak, termasuk gandingan seranganny­a di Barcelona, Neymar dan Luis Suarez, di bandar asal Messi di utara negara, Rosario.

Suarez dan bintang bola sepak lain dilihat oleh penduduk tempatan ketika mereka melangkah keluar dari jet peribadi kelmarin di lapangan terbang Rosario.

Roccuzzo, pengantin berambut perang berusia 29 tahun, akan memakai gaun yang dibuat oleh Rosa Clara – seorang pereka Sepanyol yang pernah menyediaka­n gaun untuk aktres Eva Longoria dan Ratu Letizia di Sepanyol.

Tetamu memenuhi Hotel City- Center Casino, yang terletak bersebelah­an dengan sebuah kampung setinggan yang dikuasai geng dadah.

“Rosario hidup dan menghirup bola sepak. Itulah satu lagi sebab kenapa Lionel rasa begitu selesa di sini,” kata datuk bandar kota tersebut.

Majlis dan upacara perkahwina­n sivil itu akan berlangsun­g di dalam venue berkenaan, dan tetamu juga akan menginap di sana.

Pasangan itu berkenalan ketika kanakkanak. Dia pindah ke Sepanyol ketika dia berusia 13 tahun untuk menyertai FC Barcelona, tetapi mereka sentiasa berhubung. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia