Utusan Borneo (Sarawak)

Pilih perbaiki reputasi atau biarkan?

Bekas pemain nombor satu dunia itu diambang krisis kejatuhan karier

-

LONDON: Hanya 12 bulan yang lalu, Novak Djokovic tiba di Wimbledon dengan dunia di kakinya, tetapi dia kembali ke Kelab All England dengan karier dalam krisis setelah kejatuhan yang menghairan­kan.

Selepas akhirnya berjaya dalam usahanya untuk memenangi Terbuka Perancis pada tahun lepas, Djokovic kelihatan bakal menyertai barisan legenda tenis.

Pemain Serb itu adalah lelaki pertama sejak Rod Laver pada 1969 yang memegang keempat- empat kejuaraan Grand Slam pada masa yang sama dan memenangi Wimbledon pada 2014 dan 2015, yang menambah kepada kejayaanny­a pada 2011.

Maka itu, apabila dia memasuki Gelanggang Satu untuk menentang Sam Querrey pada pusingan ketiga Wimbledon, penghujung tidak kelihatan bagi penguasaan Djokovic sebagai kuasa yang cemerlang dalam sukan tenis.

Sebaliknya dia mempamerka­n permainan yang begitu lesu sehinggaka­n Querrey dapat memenangi perlawanan yang diganggu oleh hujan itu untuk menamatkan siri kemenangan pemain nombor satu ketika itu bagi 30 kemenangan perlawanan Grand Slam berturut-turut.

Ia adalah satu kejutan yang besar dan menyebabka­n Djokovic menjunam dan terus menjunam.

Djokovic telah mengalami masalah demi masalah pada 2017, malah tewas kepada

Dari sudut emosi, dia mungkin merasakan dia mahu bawa masuk seseorang yang mahu memeluk orang. Itu tidak semestinya diterjemah­kan sebagai naluri pembunuh. John McEnroe

pemain nombor 117 di dunia Denis Istomin pada pusingan kedua Terbuka Australia.

Selepas dia berpisah dengan jurulatih Boris Becker pada hujung tahun lepas, dia berpisah pula dengan rakan sekian lama, Marian Vajda.

Djokovic kini juga kerap berunding dengan ‘penasihat spiritual’ Pepe Imaz, seorang bekas pemain yang mengusahak­an sebuah akademi tenis di Sepanyol bagi kanak-kanak kurang bernasib baik, dipanggil ‘Amor y Paz (kasih sayang dan kedamaian).

Sejak beberapa bulan lalu, pengaruh Imaz telah kelihatan dalam tabiat baharu Djokovic yang membuat bentuk hati dengan tangannya dan memberi isyarat kepada penonton selepas dia memenangi perlawanan.

Malangnya bagi Djokovic, pertunjuka­n kasih sayang sedemikian jarang sekali selepas dia mengalami kekalahan mengejut kepada Nick Kyrgios dan Alexander Zverev, pemain muda yang lapar dan mempamerka­n keinginan yang ternyata tiada dalam permainann­ya sejak beberapa bulan lalu.

John McEnroe bimbang keinginan Djokovic untuk menunjukka­n sisi personalit­i yang lebih lembut telah merampas ciri tiada belas kasihan yang diperlukan pada peringkat tertinggi.

“Dari sudut emosi, dia mungkin merasakan dia mahu membawa masuk seseorang yang mahu memeluk orang. Itu tidak semestinya diterjemah­kan sebagai memiliki naluri pembunuh itu,” kata McEnroe.

Sambil menggambar­kan perubahan itu sebagai ‘terapi kejutan’, Djokovic sempat melantik legenda Amerika Andre Agassi sebagai jurulatihn­ya untuk Terbuka Perancis.

Namun Agassi gagal untuk melakukan penambahba­ikan segera apabila Djokovic mengalami kekalahan memalukan pada peringkat suku akhir kepada Dominic Thiem di Roland Garros.

Namun Djokovic masih melihat perkara yang positif.

“Saya sangat bernasib baik dan istimewa kerana menikmati begitu banyak kejayaan sejak lapan, sembilan tahun yang lalu, dan memasuki kebanyakan kejohanan sebagai salah seorang pemain pili- han terbesar. Jadi ia adalah bagus untuk tidak menjadi salah seorang pemain pilihan utama,” kata Djokovic.

“Ia melepaskan sedikit tekanan. Ia sentiasa ada. Anda masih merasainya. Ia adalah sebahagian daripada apa yang saya buat. Dan apa yang saya sudah capai setakat ini telah menambah kepada jangkaan itu.”

Selepas dia turun ke tempat keempat dalam ranking dunia, Djokovic mengambil langkah yang luar biasa untuk menyertai kejohanan gelanggang rumput di Eastbourne pada minggu ini.

Djokovic bertandang ke pantai selatan dengan harapan udara laut dapat memberi tenaga baharu kepadanya, tetapi selagi dia tidak berkembang dalam suasana yang eksklusif di Wimbledon, keraguan mengenainy­a akan terus timbul. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia