Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo pulang jenguk bayi kembarnya

-

KAZAN: Kapten superstar Portugal Cristiano Ronaldo kelmarin memberitah­u dia tidak akan bermain dalam perlawanan tempat ketiga Piala Konfederas­i pada hujung minggu ini supaya dia dapat akhirnya bertemu dengan bayi kembarnya yang baharu lahir.

Beberapa jam selepas kekalahan 3-0 kepada Chile menerusi penentuan tendangan penalti dalam perlawanan separuh akhir Rabu lepas di Kazan, Ronaldo berkata dia telah diberi kebenaran untuk tidak bermain dalam perlawanan play-off esok (Ahad) di Moscow, menentang sama ada Jerman atau Mexico, dan pulang untuk melihat bayinya yang baharu lahir.

Kelmarin Ronaldo memaparkan satu gambar dalam Instagram dan Facebook yang menunjukka­nnya dengan seorang bayi dalam sebelah tangan.

“Begitu gembira untuk dapat memegang dua cinta baharu dalam hidup saya,” dia menulis.

Ronaldo, 32 tahun, dipercayai melahirkan kembar itu bersama seorang ibu tumpang di Amerika Syarikat.

Dia sudah pun mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, Cristiano Ronaldo Junior, yang turut dilahirkan menggunaka­n seorang ibu tumpang.

Menurut media Portugis, kembar itu, Mateo dan Eva, dilahirkan pada 8 Jun dan ibu mereka, yang tinggal di pantai barat Amerika Syarikat, menerima 200,000 euro (RM960,000).

Pemenang Ballon d’Or sebanyak empat kali itu biasanya bersusahpa­yah untuk melindungi privasinya, tetapi mendedahka­n dia sudah menjadi bapa bagi kali kedua.

Penyerang Real Madrid itu berkata dia memberi “jiwa dan raga” kepada negaranya dalam perlawanan separuh akhir, yang berakhir tanpa jaringan selepas masa tambahan, “walaupun dua anak saya dilahirkan”.

“Presiden Persekutua­n Bola Sepak Portugal (FPF) dan jurulatih kebangsaan mempunyai sikap yang menyentuh hati saya dan saya tidak akan lupa,” tulis Ronaldo dalam laman Facebook rasminya.

“Saya sangat gembira untuk akhirnya dapat bersama anakanak saya buat pertama kali.”

Pada masa yang sama, FPF menyebut dalam satu kenyataan bahawa Ronaldo sudah diberi pelepasan daripada bermain dalam perlawanan playoff tempat ketiga di Moscow.

Presiden FPF Fernando Gomes dan ketua jurulatih Portugal Fernando Santos memutuskan untuk “melepaskan pemain itu supaya dia dapat akhirnya mengenali anak-anaknya”. Menurut media di Portugal, Ronaldo dijangka akan menambah lagi jumlah anaknya dalam tempoh beberapa bulan akan datang kerana teman wanitanya dari Sepanyol, Georgina Rodriguez, 22 tahun, dilaporkan hamil. Selain melihat bayinya yang baharu lahir, Ronaldo juga berdepan dengan masa depan tidak menentu selepas dia mengugut untuk meninggalk­an Sepanyol apabila dia berdepan dengan dakwaan mengelak cukai, berjumlah 14.7 juta euro (RM70.6 juta), di mahkamah di Madrid pada bulan depan. Ronaldo meluangkan masa untuk berjumpa dengan media di Piala Konfederas­i manakala rakan sepasukann­ya dan Santos kerap menerima soalan dari wartawan mengenai superstar mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia