Utusan Borneo (Sarawak)

King tempa nama dalam rekod renang AS

-

CHICAGO: Lilly King mencipta rekod Amerika dalam acara 50 meter kuak dada kelmarin di Kejohanan Renang Amerika Syarikat (AS) di Indianapol­is, satu kejohanan kelayakan bagi Kejohanan Dunia pada bulan depan di Budapest, Hungary.

King memenangi perlumbaan akhir dalam masa 29.66 saat, menewaskan naib juara Katie Meili sebanyak .45 per saat dan memecah rekod lama AS 29.80 saat yang dicipta oleh Jessica Hardy pada 2009.

Tiga perlumbaan pecut lain menghasilk­an rekod kejohanan bagi pemenang yang menempah perjalanan mereka ke kejohanan dunia.

Justin Ress memenangi acara 50 meter kuak lentang dalam masa 24.41 saat, .11 di bawah rekod kejohanan lama milik David Plummer pada 2013.

Kevin Cordes, yang menjuarai acara 200 meter kuak dada Rabu lepas, memenangi acara 50 meter kuak dada dalam masa 26.88 saat, membuang .01 dari rekod kejohanan yang dia buat pada peringkat awal.

Hannah Stevens memenangi acara 50 meter kuak lentang dalam masa 27.63 saat, .05 di bawah rekod Rachel Bootsma pada 2013.

Caeleb Dressel, yang sudah menjuarai acara 50 meter kuak kupu-kupu, memenangi kejuaraan 100 meter kuak kupu-kupu dalam masa 50.57 saat, .43 di hadapan Tim Phillips.

Kelsi Worrell, yang turut menjuarai acara 50 meter kuak kupukupu, memenangi mahkota 100 meter kuak kupu-kupu dalam masa 57.38 saat dengan Sarah Gibson di tempat kedua, .58 di belakang.

Chase Kalisz, naib juara Olimpik Rio pada tahun lepas dalam acara rampaian 400 meter individu, memenangi mahkota AS dalam acara tersebut dalam masa 4:06.99 manakala seorang lagi perenang Olimpik Jay Lith- erland di tempat kedua dalam masa 4:09.31.

Leah Smith mencipta masa peribadi terbaik dalam acara rampaian 400 meter individu wanita untuk menang dalam masa 4:33.86 dengan Elizabeth Beisel di tempat kedua dalam masa 4:38.55.

Juara Olimpik sebanyak lima kali, Katie Ledecky, yang duduk sahaja kelmarin, sudah menjuarai acara-acara 200 dan 800 meter gaya bebas dan memburu kejuaraan AS ketiganya semalam dalam acara 400 meter gaya bebas. Dia memburu kejuaraan 1,500 meter gaya bebas hari ini (Sabtu). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEMPA SEJARAH: King sedang bersaing dalam acara renang 50 meter kuak dada pada Kejohanan Renang Amerika Syarikat di Indianapol­is, AS.
— Gambar AFP TEMPA SEJARAH: King sedang bersaing dalam acara renang 50 meter kuak dada pada Kejohanan Renang Amerika Syarikat di Indianapol­is, AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia