Utusan Borneo (Sarawak)

Piala COSAFA: Tanzania melangkah ke suku akhir

-

PHOKENG: Tanzania layak ke peringkat suku akhir Piala COSAFA untuk menentang pasukan tuan rumah dan pemegang kejuaraan Afrika Selatan setelah kesudahan yang tegang dalam Kumpulan A kelmarin.

Pasukan ‘Taifa Stars’ menyamakan kedudukan seminit selepas mereka ketinggala­n ketika menentang Mauritius untuk seri 1-1 di Stadium Moruleng dan mengambil tempat pertama dan tempat suku akhir dari Angola berdasarka­n kelebihan gol.

Angola dinafikan tendangan penalti yang jelas apabila diikat 0-0 oleh Malawi dalam perlawanan yang diadakan serentak di stadium Royal Bafokeng Sports Palace di Phokeng dalam kawasan platinum di barat laut negara.

Tanzania dan Angola mengutip tiga mata dari tiga perlawanan dalam masa lima hari manakala Mauritius dan Malawi ada dua mata dalam kejohanan selatan Afrika itu, di mana dua pemenang kumpulan menyertai enam pasukan yang menerima ‘bye’ pusingan pertama pada peringkat suku akhir.

Keputusan seri banyak sekali tetapi jaringan sedikit dalam Kumpulan A dengan empat daripada enam perlawanan yang berakhir dengan kebuntuan dan hanya lima gol sahaja dijaringka­n bagi purata 0.83 setiap perlawanan.

Tanzania memulakan pusingan terakhir terikat empat mata dengan Angola, tetapi menduduki tempat pertama berdasarka­n kelebihan gol.

Situasi itu kekal sehingga minit ke- 68 di Moruleng apabila Kevin Perticots mengangkat bola ke atas penjaga gol Aishi Manula untuk meletakkan Mauritius di hadapan, dan Angola di tempat teratas.

Namun Tanzania membalas dalam masa seminit apabila Saimon Msuva menyamakan kedudukan untuk meletakkan semula negaranya di tempat teratas kumpulan.

Harapan Mauritius untuk merampas semula kelebihan mengalami tamparan besar 12 minit sebelum tamat apabila Damien Balisson dibuang dari padang.

Tanzania, negara timur Afrika, dijemput ke kejohanan itu selepas negara anggota COSAFA Comoros enggan bertanding.

Angola sepatutnya diberi tendangan penalti pada babak kedua apabila penjaga gol Malawi Ernest Kakhobwe menarik To Carneiro hingga terjatuh dengan bentesan ala ragbi.

Kekasaran itu, yang disahkan oleh ulang tayang, berlaku betul-betul di depan pengadil, yang meneruskan permainan.

Kakhobwe, yang memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan, kemudian menebus satu hantaran buruk yang telah dipintas dengan mematahkan satu rembatan jarak dekat dari Vladimiro ‘Va’ Felix.

Malawi gagal untuk menjaringk­an gol dalam tiga perlawanan mereka dan nyaris menjaringk­an gol ketika menentang Angola pada minit pembukaan apabila Dalitso Sailesi dipatahkan oleh bentesan cemerlang Daniel ‘Mira’ Macuenho.

Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Namibia, Swaziland dan Zambia menerima ‘bye’ ke peringkat kalah mati. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia