Utusan Borneo (Sarawak)

Marquez mengintai peluang rapatkan kedudukan mata

-

PARIS: Sebelas mata yang kecil memisahkan pendahulu Andrea Dovizioso dari juara dunia yang kini menduduki tempat keempat Marc Marquez, yang memiliki rekod hebat di litar Sachsenrin­g, apabila musim Moto GP sampai ke pertengaha­n di Jerman esok.

Marquez dari Sepanyol telah perlahan- lahan mengukuhka­n pertahanan­nya selepas dia menghadapi masalah dengan motosikal Hondanya pada awal musim – dan sudah menang di litar Sachsenrin­g dalam tujuh penampilan terakhirny­a dalam kesemua tiga kelas.

“Saya tidak sabar lagi untuk berlumba di Sachsenrin­g, ia adalah litar yang begitu bagus untuk saya dan kami hanya 11 mata sahaja di belakang Dovizioso, kejuaraan terbuka luas dan kami akan terus berusaha,” katanya.

Menghangat­kan lagi perlumbaan bagi mahkota kelas utama adalah dua penunggang Yamaha, Maverick Vinales, yang berada empat mata di belakang Dovizioso di tempat kedua, dan juara sembilan kali berusia 38 tahun Valentino Rossi di tempat ketiga selepas kemenangan pertamanya pada musim ini di Assen dalam perlumbaan terakhir.

Grand Prix Jerman merupakan perlumbaan kesembilan daripada 18 perlumbaan dan, selepas permulaan yang cemerlang, Vinales yang muda akhirnya jatuh dari tempat pendahulua­n pada hujung minggu lepas apabila dia terbabas.

Penunggang Ducati, Dovizioso, yang memenangi dua perlumbaan sebelum Assen, mempamerka­n prestasi terbaik, dan tempat kelima sudah cukup untuk menjulangn­ya dan pasukannya dari Itali ke tempat teratas.

Bagaimanap­un pendahulu itu tidak terbawa-bawa dan sedang merancang cabarannya dengan teliti untuk memenangi kejuaraan.

“Ia amat memuaskan saya untuk tiba di Jerman sebagai pendahulu kejuaraan, tetapi ia tidak akan mengubah cara saya berlumba kerana saya tidak pernah berlumba untuk setiap keputusan individu,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia