Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan tiada kaitan dengan agama

-

LONDON: Pemain bola sepak paling mahal di dunia Paul Pogba berkata empat serangan pengganas yang mengorbank­an puluhan orang dan mencederak­an puluhan lagi di England pada tahun ini tidak ada kaitan dengan agama.

Bintang Manchester United berusia 24 tahun itu – yang merupakan seorang Muslim dan menjalanka­n umrah ke tapak paling suci dalam Islam di Mekah selepas hujung musim lepas – memberitah­u isu terbaharu majalah Esquire ba h a w a or a n g ti d a k bo l e h tunduk ke p a d a keganasan.

Pemain antarabang­sa Perancis itu – yang turut kehilangan bapanya Fassou pada Mei lalu – bermain dengan penuh inspirasi dalam perlawanan akhir Liga Europa yang berlangsun­g dua hari selepas seorang pengebom nekad meletupkan diri pada hujung sebuah konsert pop di Manchester Arena.

United menewaskan Ajax 2-0 dan Pogba, yang menjaringk­an gol kedua, menga- badikan kemenangan itu bagi 22 mangsa yang terkorban dan puluhan yang cedera.

“Sekarang waktu yang sangat sukar tetapi kita tidak boleh berputus asa. Kita tidak boleh membiarkan mereka memasuki kepala kita – kita perlu berjuang untuknya,” katanya.

“P e r k a r a menyedihka­n berlaku dalam hidup tetapi kita tidak boleh berhenti hidup. Kita tidak boleh membunuh seorang manusia. Membunuh seorang manusia – ia adalah sesuatu yang gila, jadi saya tidak mahu meletakkan agama ke atasnya. “Ini bukan Islam dan semua orang tahu itu. Bukan saya sahaja yang berkata begitu.” Pogba, yang turut memenangi Piala Liga pada musim pertamanya selepas dia kembali ke United, berkata dia belajar berseronok dari bapanya, yang meninggal dunia pada usia 79 tahun. “Apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayangi, kita tidak berfikir dengan cara yang sama,” katanya. “Itulah sebabnya kenapa saya seronok hidup, kerana ia berlalu dengan sangat cepat. “Saya ingat waktu saya bercakap dengan ayah saya dan sekarang dia tiada di sini.

“Dia seorang lelaki yang sangat kuat, sangat degil juga. Dia berjuang, tetapi pada usianya ia tidak mudah.

“Setiap kali kita ada masa bersamanya, kita ketawa. Sangat pintar juga, kerana dia seorang profesor. Kita perlu ingat perkara yang gembira.”

Mengenai bola sepak, Pogba berkata kritikan terhadap prestasiny­a kerana tidak setimpal dengan reputasiny­a sebagai pemain paling mahal dalam sukan bola sepak adalah sesuatu yang dia tidak hiraukan.

“Selepas seminggu, saya lupa,” kata Pogba, yang dibeli oleh United dari kelab Itali Juventus dengan harga 89.3 juta pound (RM491.2 juta) pada Ogos 2016.

“Kerana, pada akhirnya, apabila kita mati, paling mahal dan kurang mahal, mereka pergi ke dalam kubur yang sama. Jadi saya tidak memikirkan­nya.”

Pogba, yang turut menepis kritikan terhadap prestasi keseluruha­n pasukan Jose Mourinho dengan menyatakan berkata mereka mungkin tidak selalunya bermain dengan baik tetapi mereka masih memenangi tiga piala. — AFP

 ??  ?? POGBA
POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia