Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai ‘Buat dan Jangan Buat’ dalam mengambil Ujian Penilaian Kerjaya

-

SEKIRANYA anda mengalami masalah dalam menentukan bidang pekerjaan, mungkin ujian penilaian kerjaya dapat memberi idea bagi membantu anda.

Ujian penilaian tersebut, yang kini boleh didapati dengan mudah secara online, direka untuk membantu pelajar dan mereka yang mencari pekerjaan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang diri mereka dengan mengenal pasti sifat peribadi dan kesesuaian mereka untuk kerjaya tertentu; melalui keperibadi­an, minat, kemahiran dan nilai kerja mereka.

Ujian penilaian kerjaya juga boleh memberi perspektif yang berbeza tentang kualiti dan bakat yang mungkin anda tidak sedari sebelum ini.

Walau bagaimanap­un, hasil dari ujian penilaian ini tidak sepatutnya dilihat sebagai jawapan muktamad untuk pilihan kerjaya anda.

Sesetengah daripada ujian tersebut, terutama sekali yang boleh didapati secara ‘online’ dan secara percuma, mungkin tidak berupaya memberi gambaran yang terbaik, berbanding perundinga­n daripada kaunselor kerjaya yang berkelayak­an, yang boleh membantu anda membuat keputusan kerjaya yang lebih terperinci.

Sebaliknya, ujian peniliaian online harus dilihat sebagai salah satu daripada bahan panduan dalam meneroka kerjaya masa depan anda, di samping sebagai tambahan kepada aktiviti penilaian lain seperti perundinga­n profesiona­l.

Berikut adalah senarai ‘Buat dan Jangan Buat’ tentang mengambil penilaian kerjaya: Buat:

Ambil ujian penilaian kerjaya yang sah, seperti Strong Interest Inventory, Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) atau Ujian Personalit­i Jung; dan bukannya ujian penilaian yang mendakwa dapat menentukan kerjaya impian anda melalui tanda zodiak anda atau rancangan TV kegemaran anda.

Ambil lebih daripada satu penilaian dan kemudian bandingkan­nya untuk melihat mana yang memberikan hasil yang paling dapat dipercayai.

Bandingkan keputusan, terutamany­a ujian online percuma, dan abaikan ujian-ujian yang jelas tidak mencermink­an anda sebagai individu.

Fikir secara terbuka ketika melakukan penilaian ini, kerana ketepatann­ya bergantung kepada kesediaan anda untuk mengakui kekuatan dan batasan sendiri. Jangan Buat:

Abaikan hasil ujian penilaian yang mencadangk­an kerjaya-kerjaya yang tidak pernah anda pertimbang­kan.

Terlalu bergantung pada penilaian karier; sebaliknya anggaplah ia sebagai sumber tambahan yang dapat dikongsi dengan kaunselor kerjaya, untuk membantu dalam mentafsir hasil ujian penilaian anda.

Terlalu berharap dengan penilaian ini. Jika anda mendapati diri anda tidak berminat dalam kerjaya yang dipilih berdasarka­n penilaian pertama anda, ulangi penilaian tersebut untuk menilai sifat peribadi anda yang telah mengalami perubahan sejak beberapa tahun yang lalu.

Putus asa; walaupun anda tidak dapat menentukan kerjaya yang anda minat dan suka lakukan, anda masih boleh mencuba pekerjaan yang sepadan dengan set kemahiran anda. Siapa tahu, anda mungkin menyukainy­a.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media- M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak- anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia