Utusan Borneo (Sarawak)

Warna-warni dasar laut di

- Oleh Jailani Hasan

LABUAN mampu muncul sebagai syurga air terkemuka bagi para penyelam skuba dari seluruh dunia dengan lebih banyak penemuan tapak-tapak selaman termasuk yang terkini, ‘Vernon Bank Scuba Dive Site’.

Tapak selaman baharu itu, yang terletak lebih 40 batu nautika dari utara Labuan, pertama kali ditemui kira-kira lima tahun lepas oleh Ahmad Nasir Othman, 60, yang sering membawa para pemancing ke situ.

Beliau sebelum ini adalah seorang jurutera petroleum,

Bagaimanap­un, Clement Lee dan rakan-rakan penyelamny­a adalah kumpulan yang mula meneroka terumbu semula jadi itu pada April 2017.

Lee, 65, yang berasal dari Labuan, adalah Duta Pelanconga­n Tourism Malaysia untuk segmen menyelam (2017-2019) yang juga penyelam terkenal antarabang­sa.

Berdasarka­n pemerhatia­n di sana, beliau percaya tapak selaman itu berpotensi setanding dengan tapak selaman skuba popular lain di dunia.

“Tapak selaman baharu itu mempunyai keunikanny­a tersendiri berbanding yang lain di dunia dan pasti hebat untuk diterokai,” jelas beliau sambil menambah bahawa lokasi baharu itu adalah berbeza dari segi spesies marin dan landskapny­a jika dibandingk­an dengan tapak selaman lain yang sudah terkenal seperti Kepulauan Sipadan dan Mabul.

Nama Vernon Bank disebut dalam British Admiralty Charts and Publicatio­n lama dan tapak selaman itu menjadi rumah kepada beberapa spesies marin yang jarang ditemui seperti ketam porselin, serta ikan Bubble Goby dan nudibranch (sejenis siput laut tanpa cengkerang) yang berwarna-warni.

Ketika cuaca baik, perjalanan dengan menaiki bot berenjin kembar 115HP, dari jeti marin Labuan ke Vernon Banks mengambil masa kira-kira satu setengah jam.

“Bukanlah saya yang menjumpai Vernon Bank ini tetapi kami mengetahui mengenainy­a tidak lama dulu.

“Oleh itu, pasukan menyelam kami merancang untuk pergi ke lokasi sejak tahun lepas.

“Namun terpaksa menangguhk­an hasrat kami beberapa kali berikutan jadual yang ketat dan faktor cuaca,” katanya.

Lee serta penyelam lain termasuk Ross Kelly, pengurus besar pusat menyelam skuba Co.Co. Dive yang berpangkal­an di Miri dan pengurus pusat menyelam itu di Labuan Roy Jak Ngau akhirnya dapat menyelam di Vernon Bank pada 26 April dan sekali lagi pada 1 Mei.

Lee menggambar­kan suasana landskap di bawah permukaan air Vernon Bank seakan-akan terumbu karang cincin besar yang terbahagi kepada beberapa tingkat berbeza di mana terdapat kawah lima meter di tengah-tengahnya.

Lee dan rakan-rakannya mengambil masa lebih 20 minit untuk bergerak dari satu tebing ke tebing lain.

Kedalaman pinggiran karang di bahagian timur adalah antara 10 meter dan 25 meter, manakala di barat pula antara 15 meter dan 50 meter.

Tahap kedalaman diukur dengan menggunaka­n pemerum gema di dalam bot nelayan yang membawa para penyelam ke lokasi berkenaan.

Kumpulan itu melakukan enam terjunan dalam tempoh dua hari dan hanya berjaya menerokai sebahagian kecil daripada tapak Vernon Bank. IKAN CANTIK

Dalam kawasan terumbu besar seumpama itu, seperti yang diduga, mereka berpeluang melihat ikan laut pelagik termasuk ikan pari manta di permukaan air dan satu lagi di dasar laut.

Barangkali kata Lee, penghuni laut itu belum pernah melihat penyelam di situ, jadi mereka malu dan terus berenang pergi.

Lee tidak berpeluang untuk mengambil gambar haiwan laut berkenaan.

Memandangk­an Vernon Bank terbentuk seperti terumbu karang cincin, beliau percaya ia akan menjadi stesen pembersiha­n untuk ikan pari manta dan penyu.

“Kami juga terlihat tuna dan ikan pelagik lain berenang-renang di situ.

“Saya pasti jerung juga boleh dilihat di sekitar sana terutamany­a di bahagian hujung yang kedalamann­ya sehingga 70 meter.

“Saya juga percaya terdapat dinding karang di situ dan dengan adanya arus atas membawa nutrien ke kawasan air yang lebih cetek, ikan pelagik lebih besar seperti jerung tukul dan lainlain akan turut berada di situ,” kata Lee.

Dalam dunia haiwan yang lebih kecil terdapat pula nudibranch, ketam porselin, Coral Goby, ikan batu dan ikan Scorpion, selain karang kipas laut serta kuda laut pigmi.

Selain itu, sesuatu yang menarik di kawasan lebih cetek (8-10 meter) adalah kelihatan buih berterusan dari dasar laut.

Penemuan itu adalah sesuatu yang agak mengejutka­n dan beliau percaya ia boleh menjadi tarikan sebenar kepada penyelam. Tidak dapat memikirkan apa ia sebenarnya dan kenapa ia berlaku, Lee memberitah­u bahawa beberapa rakannya yang merupakan ahli geologi akan menyelidik­i penemuan itu.

Selepas enam terjunan di Vernon Bank, Lee yakin bahawa lokasi itu berpotensi untuk dibangunka­n sebagai tapak selaman popular.

“Saya berpendapa­t Vernon Bank boleh menjadi mini LayangLaya­ng 2, yang mana ia adalah terumbu karang cincin air yang lebih besar, sepanjang 13 kilometer dengan diameter tiga kilometer,” kata beliau.

Pulau Layang-Layang terletak kira-kira 300 kilometer di barat laut Kota Kinabalu di Sabah, bagaikan sebutir permata kecil di dalam laut biru yang lebih dikenali sebagai ‘The Jewel of the Borneo Banks’.

Seorang jurugambar bawah air dan penyelam skuba antarabang­sa Rudy Whitworth amat terpesona dengan apa yang dilihatnya di tapak selaman Vernon Bank.

Rudy yang berpangkal­an di Michigan, Amerika Syarikat berkata: “Saya tidak pernah melihat Bubble Goby yang sememangny­a jarang ditemui sejak 39 tahun menyelam di mana-mana tempat menyelam di dunia ini, namun ditemui hanya di Vernon Bank ini, ikan ini sememangny­a berwarnawa­rni dan cantik.”

Sebagai pengasas Seahorse Production, LLC, yang menguruska­n persembaha­n fotografi bawah air dan tapak selaman kepada pemain industri pelanconga­n, Rudy mempunyai pengalaman menyelam yang luas dan pernah melihat pelbagai jenis hidupan laut sepanjang kerjayanya.

Antara lokasi menyelam di seluruh negara ini yang telah diterokain­ya ialah di Pulau Tioman, Miri, Kuching, Pulau Layang-layang dan bangkai kapal di Labuan.

“Saya akan membantu mempromosi tapak selaman baharu ini kepada rakan-rakan saya,” kata Rudy.

 ??  ?? TERUMBU KARANG NUDIBRANCH TAPAK SELAMAN VERNON BANK TAPAK SULAIMAN
TERUMBU KARANG NUDIBRANCH TAPAK SELAMAN VERNON BANK TAPAK SULAIMAN
 ??  ?? CLEMENT LEE
CLEMENT LEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia