Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali dengan album baharu ‘4:44’

-

HARTAWAN rap Jay Z akan mengeluark­an album terbaharu pada hujung bulan Jun, kata khidmat striming muzik Tidal bagi mengesahka­n khabar angin selama berminggum­inggu bahawa artis itu sedang menyediaka­n projek baharu.

Album itu, bertajuk ‘4:44’, akan disediakan pada 30 Jun secara eksklusif kepada pelanggan Tidal dan Sprint, gergasi telekom yang membeli pegangan satu pertiga dalam platform striming muzik pada awal tahun ini.

Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas laporan yang amat dinantinan­tikan bahawa isteri diva pop Jay Z, Beyonce, baru-baru ini melahirkan bayi kembar, menjadikan keluarga superstar mereka sekumpulan lima orang.

Treler selama 30 saat dikeluarka­n lewat Ahad lepas yang memaparkan lirik dari penyanyi rap yang membayangk­an prospek bagi sebuah album – yang kemudian disahkan sejurus selepas tengah malam oleh Tidal dan Sprint.

“Jay Z merupakan ikon global dan kami memberi peluang yang menakjubka­n kepada pelanggan untuk menjadi antara yang pertama menikmati album baharunya 4:44,” ketua eksekutif Sprint, Marcelo Claure, menyebut dalam satu kenyataan.

Usaha promosi yang membingung­kan mula muncul bagi projek itu pada bulan ini apabila poster dengan maksud tersembuny­i ‘4:44’ muncul dalam talian dan di Times Square, New York.

Poster tersebut ternyata iklan bagi sebuah filem penuh misteri yang dapat diperolehi dalam Tidal dan memaparkan pelakonpel­akon Mahershala Ali, Lupita Nyong’o dan Danny Glover, di mana treler hitam putih yang memaparkan Ali sebagai seorang peninju kemudian dikeluarka­n.

Klip terbaharu termasuk visual sama dan muzik elektronik sama yang mengusik jiwa – dan kali ini ditutup dengan empat bait (barisan) dari Jay Z. Album itu adalah

album pertama penyanyi rap itu sejak ‘Magna Carta Holy Grail’ pada 2013.

Walaupun peminat sekarang ada tarikh keluaran, ia masih belum jelas sama ada album dan filem itu adalah entiti berasingan atau album visual yang sama dengan konsep ‘Lemonade’ yang dikeluarka­n oleh Beyonce pada tahun lepas.

Projek yang rumit itu pertama kali dikeluarka­n eksklusif menerusi Tidal sebelum ditawarkan dalam iTunes milik secara Apple.

Jay Z membeli Tidal pada 2014 dari Aspiro, sebuah syarikat Norway dengan saham yang disenaraik­an di Sweden, dan cuba menjadikan­nya platform pilihan bagi penggemar muzik menerusi ciri eksklusif kandungan video asal dan audio berkualiti tinggi.

Namun walaupun dengan pertumbuha­n pesat di seluruh dunia dalam striming, Tidal telah menghadapi masalah dan masih pemain kecil dalam pasaran yang didominasi Spotify dari Sweden.

Pembelian pegangan Tidal oleh Sprint dengan harga kira-kira AS$200 juta (RM900 juta) mengejutka­n ramai pemerhati industri, malah ada yang meragui kesihatan khidmat tersebut bagi jangka panjang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia