Utusan Borneo (Sarawak)

Haris Baba meriahkan rumah terbuka keluarga Suman

-

KENINGAU: Kemunculan artis Haris Baba menyemarak­kan lagi suasana Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri keluarga Suman yang diadakan di kediaman Hanimih Jamil di Kampung Tudan Baru, di sini pada Hari Raya Aidilfitri ketiga.

Kehadiran Haris bersama ahli keluargany­a telah mendapat perhatian dan tumpuan ahli keluarga Suman.

Selain ahli keluarga Suman, tetamu lain juga mengambil peluang bergambar dengan Haris, yang turut menyumbang­kan lagu ‘Menjelang Hari Raya’ pada majlis itu.

Pada tahun ini, majlis rumah terbuka keluarga Suman mendapat sambutan yang begitu meriah daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama terdiri ahli keluarga, saudaramar­a, rakan-rakan dan tetamu istimewa.

Majlis seumpama itu sudah menjadi acara tahunan bagi ahli keluarga yang berasal dari Kampung Tudan dalam daerah Ranau dan sudah menetap lebih 50 tahun di kampung itu dan Kampung Bayangan Keningau.

Majlis itu sudah diadakan sejak sembilan tahun yang lalu dan merupakan tempat perhimpuna­n semua ahli keluarga yang balik kampung beraya bersama keluarga dengan tujuan merapatkan lagi hubungan silaturahi­m dan mengukuhka­n institusi kekeluarga­an itu.

Memandangk­an ahli keluarga Suman terlalu besar dan ramai yang bertugas di luar daerah Keningau termasuk di Semenanjun­g Malaysia, mereka hanya dapat bertemu setahun sekali sahaja dan majlis itu adalah ruang yang terbaik untuk ahli keluarga berkumpul serta mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an sambil bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Suman memiliki empat anak terdiri Allahyarha­m Jamil anak lelaki yang pertama, Allahyarha­m Mokhsin (anak kedua), Junih (anak perempuan ketiga) dan Rusli (anak bongsu). Keluarga berkenaan telah berkembang besar hasil perkahwina­n anak-anak.

Malah keluarga itu juga sudah menjadi keluarga 1Malaysia melalui perkahwina­n campur dengan pelbagai bangsa dan daerah. Melalui perkumpula­n dengan mengadakan majlis rumah terbuka keluarga, sudah tentu semua ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucucucu dapat bertemu, bermesra dan berkenalan antara satu sama lain.

Selain ahli keluarga, majlis juga dimeriahka­n dengan kehadiran saudara-mara dan rakanrakan selain tetamu lain.

Ia sudah menjadi satu kelaziman agar majlis itu benar-benar melahirkan gagasan 1Malaysia dengan adanya penyertaan semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama dan fahaman politik.

Sempena majlis itu juga, seluruh keluarga mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Lebih 1,000 orang menghadiri majlis itu termasuk Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Ketua Pemuda UMNO Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, Timbalan Ketua Bahagian PBS Liawan Obrein Sulom, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau Augustine Nain, Naib Ketua MCA Keningau Leonard Teo dan Kapitan Peter Ma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia