Utusan Borneo (Sarawak)

RISM sasar Pemodelan Kos Binaan N3C siap menjelang 2019

N3C memudahkan orang ramai menyiapkan bajet dan elak kos berlebihan

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia ( RISM) menyasarka­n untuk menyiapkan Pemodelan Kos Pembinaan bagi Pusat Kos Pembinaan Kebangsaan (N3C) menjelang 2019.

Bekas Pengerusi Bahagian Pengukuran Kuantiti, Sr Wan Ainon Zuraiha Wan Abd Khalid berkata N3C merupakan satu inisiatif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Program Transforma­si Industri Pembinaan.

Antara aspek di bawah N3C adalah Kos Data seperti harga bahan binaan, kadar upah buruh dan sewaan jentera serta Indeks Kos atau angka pengukur perubahan dalam jangka masa tertentu.

Bercakap kepada Bernama, Wan Ainon Zuraiha berkata sejajar hubungan baik yang dijalin dengan CIDB, pihak RISM telah dipelawa sebagai rakan dalam usaha Pemodelan Kos yang menyaksika­n pemeteraia­n perjanjian antara keduadua pihak pada 14 Nov, 2016 dan diperbahar­ui setiap tahun sehingga 2020.

Di bawah perjanjian itu, CIDB akan menyalurka­n pembiayaan tahunan sebanyak RM300,000 kepada Bahagian Pengukuran Kuantiti RISM bagi penyediaan minimum 60 Pemodelan Kos sepanjang tempoh perjanjian berkenaan.

“Format Pemodelan Kos itu hampir menyamai Anal- isis Kos Elemen (ECA) yang telah kami kumpulkan di RISM menerusi Pusat Maklumat Kos Pembinaan (BCIC). Oleh itu, kami sememangny­a telah bersedia dengan maklumat yang boleh digunakan untuk tujuan serta sebagaiman­a diperlukan oleh CIDB.

“ECA itu memperinci­kan kos pembinaan bangunan yang agak kompleks kepada tahap asas seperti aspek rangka, bumbung, dinding dan sekatan yang boleh dirujuk oleh ahli RISM, penuntut universiti dan ahli akademik serta orang awam.

“Menerusiny­a juga, para pengguna dengan mudahnya boleh memilih jenis bangunan dan melaras ruang lantai, tahun pembinaan serta loka- si bagi membolehka­n anggaran lebih tepat dapat diperoleh yang berguna bagi menyiapkan bajet serta mengelak risiko kos berlebihan,” katanya.

Setakat ini, RISM sudah menyiapkan kira- kira 40 model kos untuk N3C daripada 60 model berasaskan bangunan dan infrastruk­tur berbeza, termasuk kediaman, pejabat, masjid serta jambatan.

Selain itu, Wan Ainon Zuraiha berkata CIDB juga dalam peringkat memuktamad­kan vendor perisian bagi mereka bentuk Model Kos yang dikehendak­i pihak berkepenti­ngan dan RISM akan menyalurka­n maklumat bersesuaia­n apabila ia siap kelak.

Dalam masa terdekat kel a k , k a t a n y a , CIDB/ RISM akan membenarka­n orang awam menggunaka­n kemudahan itu secara langganan yang menyamai amalan Perkhidmat­an Maklumat Kos Pembinaan (BCIS) United Kingdom.

Malah, ia juga akan berperanan sebagai sumber pendapatan RISM untuk jangka panjang.

RISM merupakan sebuah institusi profesiona­l meliputi empat kerjaya pengukuran utama iaitu kuantiti, tanah, pengurusan bangunan dan hartanah serta penilaian.

Ia dianggotai lebih 9,000 ahli di peringkat tempatan serta antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia