Utusan Borneo (Sarawak)

Malindo Air lancarkan penerbanga­n harian ke Phnom Penh dan Chennai

-

KUALA LUMPUR: Malindo Air akan melancarka­n dua penerbanga­n harian dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh (Kemboja) dan Chennai ( India), masingmasi­ng pada 1 Ogos dan 24 Julai tahun ini.

Tempahan kini dibuka dan sempena dengan pelancaran, syarikat berkenaan menawarkan tiket semua dalam tambang ke Phonm Peng bermula dari RM139 untuk kelas ekonomi dan RM749 untuk kelas bisnes.

Tambang kelas ekonomi ke Chennai bermula dari RM438 dan kelas bisnes pada RM999.

T a m b a n g - t a m b a n g promosi ini merangkumi elaun bagasi, hiburan dan hidangan dalam pesawat, kata Malindo Air dalam satu kenyataan kelmarin.

“Kami amat teruja un- tuk mengumumka­n dua laluan baharu ini ke dalam rangkaian kami. Phnom Penh dan Chennai adalah kaya dengan budaya dan kedua- dua destinasi memiliki pengunjung aktif bagi tujuan perdaganga­n serta pelanconga­n.

“Penambahan laluan ini menyokong usaha kami yang berterusan bagi menjadikan KLIA sebagai hab transit, dengan menghubung­kan penumpang yang mahu melawat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chandran Rama Muthy.

Syarikat penerbanga­n itu berkata penerbanga­n Malindo Air OD580 akan berlepas setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Phnom Penh (PNH) pada 8.55 pagi. Penerbanga­n ba- lik, OD581, akan bertolak pada hari yang sama dari PNH pada 9.45 pagi dan tiba di KLIA pada 7.35 tengah hari.

Sementara itu, penerbanga­n perkongsia­n kod Chennai dengan Batik Air, OD9114 akan berlepas setiap hari dari KLIA pada 6.25 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Chennai (MAA) pada 7.55 pagi. Penerbanga­n balik, OD9115, akan bertolak pada hari yang sama dari MAA pada 8.55 pagi dan tiba di KLIA pada 3.25 petang.

Menjelang 30 Ogos, kekerapan kedua akan ditambah, menjadikan dua penerbanga­n harian dari Kuala Lumpur ke Chennai.

P e s a w a t b e r n o m b o r OD9112 akan berlepas pada setiap hari dari KLIA pada 8.55 malam dan tiba di MAA pada 10.20 malam. Penerbanga­n balik OD9113 akan bertolak pada hari yang sama dari MAA pada 11.10 malam dan tiba di KLIA itu, keesokan harinya pada 5.40 pagi.

Chandran berkata, Malindo Air berharap untuk membantu meningkatk­an pelanconga­n ke Malaysia dan bandar- bandar yang dihubungka­n melalui rangkaiann­ya.

“Penumpang dari India, sebagai contoh, boleh terbang ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung perjalanan mereka ke Indonesia, Australia atau Hong Kong atau Taiwan. Rangkaian kami sedang berkembang dengan pesat, terutamany­a dengan strategi perkongsia­n kod yang progresif, yang bermatlama­t untuk menyediaka­n perhubunga­n yang lebih baik di rantau ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia