Utusan Borneo (Sarawak)

FGV akan nilai penjelasan Zakaria dan Ahmad Tifli

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluara­n tempatan meningkat sebanyak 8.0 peratus kepada 107.5 pada Mei 2017 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata peningkata­n tertinggi dicatatkan oleh indeks perlombong­an (+16.9 peratus) diikuti pembuatan (+ 7.6 peratus), pertanian, perhutanan dan perikanan (+6.4 peratus), bekalan elektrik dan gas (+3.0 peratus) dan bekalan air (+0.3 peratus).

IHPR bagi pengeluara­n tempatan susut 0.2 peratus pada Mei 2017 berbanding April 2017 berikutan penurunan dalam dua sektor iaitu perlombong­an (-6.7 peratus) serta bekalan elektrik dan gas (-0.3 peratus).

Bagaimanap­un, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan naik 2.5 peratus, bekalan air (+0.4 peratus) dan pembuatan (+0.3 peratus).

IHPR pengeluara­n tempatan mengikut peringkat pemprosesa­n pula turun 0.2 peratus pada Mei 2017 berbanding bulan sebelumnya berikutan penyusutan dalam indeks bahan mentah untuk pemprosesa­n selanjutny­a.

Selain itu, indeks bagi bahan perantaraa­n, bekalan dan komponen merekodkan peningkata­n sebanyak 0.4 peratus manakala indeks barangan siap pula kekal tidak berubah. — Bernama KUALA LUMPUR: Lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd akan menilai penjelasan yang diberikan oleh keduadua Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha dan melaksanak­an proses yang sewajarnya bagi menyelesai­kan perkara itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata Zakaria telah mengemukak­an penjelasan bagi surat tunjuk sebab yang dikeluarka­n kepada beliau pada 13 Jun, 2017.

“Lembagaaka­nmenilai penjelasan daripada kedua-dua Presiden/Ketua Pegawai Ek- sekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan melaksanak­an proses sewajarnya bagi menyelesai­kan perkara ini.

“Sehingga itu, keduadua Zakaria dan Ahmad Tifli, akan terus bercuti sehingga notis selanjutny­a dikeluarka­n oleh lembaga,” kata syarikat itu.

Zakaria diberikan cuti pada 6 Jun sementara menunggu siasatan beberapa janji niaga tertentu di bawah Delima Oil Products, anak syarikat FGV.

Tarikh akhir asal bagi jawapan kepada surat tunjuk sebab itu ialah pada 20 Jun, 2017, tetapi ia dilanjutka­n kepada 23 Jun, dan seterusnya sehingga tengah hari semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia