Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha hebah industri bioteknolo­gi Malaysia perlu diperhebat: MIDA

-

TAIPEI: Usaha untuk menghebahk­an industri bioteknolo­gi Malaysia di peringkat antarabang­sa perlu diperhebat­kan kerana terdapat negara luar belum menyedari sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan bagi menarik kemasukan pelabur dalam industri terbabit.

Pengarah Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia ( MIDA) di Taipei, Nurullydia Ahmad berkata, hebahan perlu melibatkan negara yang aktif dalam industri tersebut, termasuk Taiwan, China, Korea dan Jepun.

“Taiwan contohnya menunjukka­n minat yang mendalam dalam meneroka potensi sektor biofarmasi serta biokesihat­an di Malaysia, tetapi kurang tahu kemudahan dan insentif yang ditawarkan kerajaan dan agensiagen­sinya.

“Jadi, kita perlu memper- jelaskan kedudukan Malaysia, sesuai dengan kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki yang boleh diekstrak serta diubahsuai kepada produk bio,” katanya kepada Bernama pada Pameran, Persidanga­n dan Kerjasama Bio- Taiwan 2017 di sini, kelmarin.

Acara itu merupakan platfrom bagi setiap agensi dan syarikat berkaitan mengetenga­hkan produk masing-masing selain menjalin kerjasama lebih meluas di antara pemain industri bioteknolo­gi.

MIDA pula mempunyai ruang pameran sendiri di acara berkenaan bagi membolehka­nnya mendedah secara terperinci usaha yang dilakukan kerajaan dalam membangunk­an industri bioteknolo­gi Malaysia kepada pengunjung.

Nurullydia berkata, barubaru ini beliau telah men- gundang beberapa syarikat, persatuan dan penyelidik bioteknolo­gi Taiwan untuk datang ke Malaysia bagi melihat sendiri kemudahan bioteknolo­gi yang disediakan.

“Apabila mereka sampai, mereka terkejut kerana kemudahan dimiliki kita lengkap meliputi jaringan jalan raya dan pelabuhan yang baik, bahan mentah yang mudah didapati dan sebagainya.

“Bahkan, mereka juga baharu tahu Malaysia mengenakan peraturan yang ketat dalam mengeluark­an sesuatu produk bio misalnya biofarmasi,” katanya.

Beliau menambah, setakat ini, Taiwan mempunyai 24 projek di Malaysia melibatkan pelaburan bernilai RM1.2 bilion yang merangkumi bidang pembuatan dan perkhidmat­an yang termasuk bioteknolo­gi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia