Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ejen CIA culik imam Mesir sedia berdepan hukuman di mahkamah Itali

-

LISBON: Seorang bekas ejen CIA yang didapati bersalah kerana menculik imam Mesir oleh mahkamah Itali lebih sedekad lepas kelmarin menyatakan dia berniat untuk pulang ke Itali bagi berdepan dengan hukumannya, namun berharap untuk mengelakka­n hukuman penjara.

Sabrina de Sousa, memiliki dua kerakyatan Amerika dan Portugal, berkata dia akan meninggalk­an Portugal bagi berdepan dengan mahkamah Itali untuk penculikan pendakwah radikal Abu Omar dari sebatang jalan di Milan pada tahun 2003 dalam operasi dikatakan telah dilakukan oleh CIA dengan kerjasama agenai perisikan Itali.

Dia telah dihadapkan dalam perbicaraa­n tanpa kehadiran- nya bersama 22 orang lagi dalam apa yang merupakan pensabitan perundanga­n pertama di dunia terhadap orang yang terlibat dalam program tindakan luar biasa CIA yang dilakukan selepas serangan 11 September, 2001.

“Saya akan kembali ke Itali pada minggu depan bagi menjalani hukuman yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah Itali, Sousa yang berusia 60 tahun memberitah­u AFP, menyatakan dia berharap akan dibebaskan dengan parol dan melakukan khidmat komuniti.

Pada hujung Februari, Presiden Itali Sergio Mattarella telah memberikan dia “pengampuna­n separuh daripada penjara selama setahun”, mengurangk­an tempoh hukuman penjaranya kepada tiga tahun hasil daripada penguranga­n terhadap hukuman yang tidak semestinya perlu dijalani di dalam penjara dan membenarka­n pesalah untuk bekerja.

Itali kemudian menarik balik waran tangkap Eropah yang dikeluarka­n selepas penahanann­ya pada Oktober 2015 di lapangan terbang Lisbon.

Omar telah diculik pada 17 Februari 2003, sebelum dipindahka­n ke Mesir di mana peguamnya mendakwa dia telah diseksa, dalam satu kes yang menyerlahk­an penyerahan secara rahsia yang kontrovers­i melibatkan anggota radikal yang disyaki oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia