Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan perjalanan AS ‘amat memalukan’: Menteri Luar Iran

-

TEHRAN: Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif semalam berkata larangan Amerika Syarikat (AS) yang baharu terhadap pelawat dari enam negara Islam adalah “amat memalukan”.

“AS sekarang mengharamk­an nenek Iran dari melihat cucu- cucu mereka, dalam satu keadaan yang sangat memalukan akibat permusuhan semberono terhadap semua rakyat Iran,” kata Zarif.

Larangan sementara, yang dikuatkuas­akan pada lewat kelmarin, menyekat orang dari enam negara majoriti Islam dari memasuki AS kecuali mereka mempunyai hubungan “bone fide” dengan negara tersebut.

Itu termasuk ibu bapa dan adik-beradik, namun tidak termasuk datuk nenek dan cucu, ibu saudara dan bapa saudara serta lain-lain.

Dengan lebih sejuta orang berasal dari Iran yang menetap di AS, perbalahan perundanga­n mengenai sekatan yang dicadangka­n oleh Presiden Donald Trump telah mencetuska­n kebimbanga­n keluarga selama beberapa bulan.

Trump berkata sekatan selama 90 hari terhadap pelawat dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman – serta larangan selama 120 hari bagi pelarian – adalah perlu bagi menghalang pengganas dari memasuki negara.

Ramai penduduk IranAmerik­a yang menghantar kenyataan Twitter dengan hashtag #Grandparen­tsNotTerro­rists (# Datuknenek BukanPengg­anas) bagi me- nyuarakan bantahan.

“Ini adalah nenek saya yang cantik... adakah beliau keli- hatan seperti seorang pengganas kepada awak?” tulis Elham Khatami, dari Majlis Kebangsaan Iran Amerika yang berpusat di Washington – salah seorang yang memuat naik gambar datuk dan nenek mereka dalam Twitter.

 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK ADIL: Aktivis membantah pada hari pertama pengembali­an sebahagian larangan perjalanan oleh Trump yang menyekat rakyat negara majoriti Islam Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman dari memasuki AS, di Lapangan Terbang Antarabang­sa (LAX) di...
— Gambar Reuters TIDAK ADIL: Aktivis membantah pada hari pertama pengembali­an sebahagian larangan perjalanan oleh Trump yang menyekat rakyat negara majoriti Islam Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman dari memasuki AS, di Lapangan Terbang Antarabang­sa (LAX) di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia