Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Thailand siasat semula kes ‘bunuh diri’ pelancong Belgium

-

BANGKOK: Polis Thailand semalam berkata mereka membuka semula siasatan mengenai kematian pada April lepas melibatkan seorang pelancong Belgium yang telah diputuskan sebagai tindakan membunuh diri pada masa itu selepas kenyataan atas talian menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa dia mungkin telah dibunuh.

Mayat Elise Dallemange, 30, ditemui di kawasan hutan di pulau Koh Tao, di mana pelancong Britain Hannah Witheridge dan David Miller dibunuh di pantai pada 2014.

Polis berkata Witheridge, 23, dirogol dan dicekik sehingga mati sementara Miller, 24, dipukul di bahagian kepalanya.

Thailand, terkenal dengan pantai dan kawasan budayanya, merupakan satu tarikan pelanconga­n wilayah dan industri pelanconga­n menjadi penyumbang pendapatan utama. Kenyataan dalam media sosial pada minggu ini menyatakan Dallemange telah menempah sekeping tiket ke wilayah Chumphon, di tanah besar, dan bagasi dia tiba selepas kematianny­a, menunjukka­n bahawa dia tidak berniat untuk membunuh dirinya sendiri.

“Pihak polis terus mencari bukti baharu, kerana ia bukannya satu kematian secara semula jadi, namun kami tidak menemui apa- apa,” kata Kolonel Polis Preecha Kladsawad.

Pembunuhan pada 2014 melibatkan pelancong Britain telah menyebabka­n beberapa media tempatan dan asing menggelar Koh Tao sebagai “pulau pembunuhan.”

Dua pekerja migran dari Myanmar ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati selepas mereka disabitkan bagi jenayah pada Disember 2015 – satu tindakan yang dikritik oleh kumpulan hak asasi yang menyatakan mereka telah tersilap disabitkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia