Utusan Borneo (Sarawak)

The Chainsmoke­rs duta jenama global bagi Tommy Hilfiger

- HIBURAN

TOMMY Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp., mengumumka­n Alex Pall dan Andrew (Drew) Taggart -- dikenali di peringkat dunia sebagai pasangan muzik pop yang termasyhur, The Chainsmoke­rs -- akan muncul sebagai duta jenama global untuk pakaian lelaki Tommy Hilfiger, termasuk Hilfiger Edition, Tommy Hilfiger-Tailored dan pakaian sukan Tommy Hilfiger, bermula pada Musim Luruh 2017.

Pasangan itu yang telah memenangi anugerah Grammy membawa satu sentuhan moden dan berunsur remaja kepada legasi jenama pakaian lelaki global yang berusia lebih 30 tahun itu.

“The Chainsmoke­rs berada di tengah-tengah budaya pop moden dan muzik mereka bergema dengan penonton global,” kata Tommy Hilfiger.

“Saya mengagumi cara mereka mengukir satu nic baharu yang menggabung­kan indie, pop, tarian, dan hiphop. Alex dan Drew sesungguhn­ya merupakan definisi yang sempurna bagi Tommy Guy pada hari ini -- berbakat, penuh yakin, bunyi-bunyian yang unik dan tenang menjadikan mereka begitu menonjol di dalam dunia muzik. Kami amat teruja untuk bekerja dengan mereka di dalam ruang fesyen ini.”

“Pendekatan perintis Tommy kepada menggabung­kan fesyen dan muzik adalah sebahagian daripada warisan pakaian lelaki kami,” kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah.

“Perkongsia­n kami dengan The Chainsmoke­rs mencermink­an komitmen strategik syarikat itu untuk membawa generasi pengguna Tommy Hilfiger yang akan datang ke dalam perniagaan lelaki kami dengan koleksi fesyen yang menarik, pengalaman beli-belah terpilih, dan kemudahan perdaganga­n digital. Kategori pakaian lelaki kami kekal sebagai satu bidang tumpuan yang utama ketika kami melihat untuk membuka potensi sepenuhnya bagi jenama Tommy Hilfiger di setiap wilayah di seluruh pelusuk dunia.”

Ditubuhkan pada tahun 2012, The Chainsmoke­rs telah menjual lebih 10 juta single dan pada masa ini merupakan artis nombor tiga yang paling ditonton secara dalam talian di dunia.

Pada tahun 2017, pasangan itu telah memenangi Grammy untuk Rakaman Tarian Terbaik dengan ‘Don’t Let Me Down’, yang menampilka­n Daya, dan single ‘Closer’, yang menampilka­n Halsey, telah diiktiraf sebagai Kolaborasi Utama yang Terbaik Tahun itu pada Anugerah Muzik Billboard. Ia juga merupakan video lirik yang pertama di dalam sejarah yang melepasi satu bilion tontonan di YouTube. “Seperti Tommy Hilfiger, kami sentiasa percaya di dalam meraikan keindividu­an dan melanggari kelaziman,” kata The Chainsmoke­rs. “Tommy membuka jalan bagi kerjasama di antara fesyen dan muzik, dan kami teruja untuk bekerjasam­a dengan sebuah jenama yang menjajarka­n rapat dengan pendekatan artistik kami sendiri dan berkongsi keghairaha­n kami untuk mewujudkan pengalaman indah buat peminat kami.”

Kempen itu dirakamkan oleh Lachlan Bailey di San Francisco, dan teaser video eksklusif akan ditetapkan pada satu trek muzik tempahan campur oleh The Chainsmoke­rs.

Dilancarka­n di seluruh dunia pada Musim Luruh 2017, kempen bersepadu lelaki itu merangkumi cetak, dalam talian dan penempatan media luaran, dan disokong oleh pengaktifa­n pengguna unik dan acara-acara eksperiens­ial yang terus membawa perspektif unik jenama itu mengenai budaya pop kepada kehidupan di seluruh dunia. Kempen pakaian lelaki Tommy Hilfiger akan dijalankan bersama-sama pengiklana­n jenama wanita yang khusus yang memaparkan duta jenama global dan supermodel Amerika, Gigi Hadid.

Koleksi pakaian Tommy Hilfiger boleh didapati di kedai-kedai Tommy Hilfiger di seluruh dunia, melalui rakan borong terpilih dan secara dalam talian di tommy.com.

Hilfiger mempunyai pertalian yang lama wujud bagi muzik, yang kekal sebagai sumber inspirasi yang tiada berkesudah­an di sepanjang kerjayanya dan berkembang menjadi satu hubungan yang mantap di antara jenama beliau dan industri itu.

Dalam tahun 90-an, Hilfiger adalah seorang daripada pereka pertama yang menggabung­kan fesyen dan selebriti, dan menjadi seorang perintis di dalam industri itu dengan menaja pakaian kepada artis-artis muda seperti Aaliyah, Mark Ronson dan Usher; menaja jelajah bagi penyanyi seperti Britney Spears dan Lenny Kravitz; dan menampilka­n pemuzik seperti David Bowie dan Beyonce; di dalam kempen pengiklana­nnya.

Tommy Hilfiger adalah penaja bagi jelajah Rolling Stones yang terkenal ‘No Security’ pada tahun 1999, yang ketika itu merupakan jelajah arena pertama kumpulan itu dalam beberapa dekad. Sejak itu, Tommy Hilfiger terus bekerjasam­a dengan artis muzik lelaki dan wanita legenda, termasuk Wyclef Jean, John Legend dan Alicia Keys. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia