Utusan Borneo (Sarawak)

KEKUATAN MENTAL BAKAL TERUJI

Tidak cukup rehat bukan alasan kerana semua pasukan tempuhi jadual perlawanan ketat

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak, David Usop mahu pemainnya menguatkan mental untuk menghadapi jadual ketat Liga Malaysia pada bulan Julai.

“Semua pasukan akan menempuh sembilan perlawanan pada bulan ini, justeru tiada alasan bagi pemain kita mengadu tidak cukup rehat kerana pemain pasukan lain juga berdepan situasi sama.

“Saya juga telah mempersiap­kan latihan mental kepada pemain dengan penekanan ditumpukan terhadap bagaimana pemain hendak bermain sekiranya tidak cukup rehat,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan semalam.

Beliau juga berharap semua pemain kembali kepada prestasi terbaik dengan pantas selepas cuti panjang dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi setiap perlawanan.

Tegasnya, kedudukan Sarawak di tangga ke- 10 Liga Super masih belum selamat dan pemain perlu bekerja keras untuk memperbaik­i kutipan mata sekali gus membawa skuad itu keluar dari zon penyingkir­an.

Sarawak akan mengharung­i lima perlawanan Liga Super pada bulan ini bermula dengan pertemuan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam ini ( 1 Julai).

Mereka turut berdepan empat perlawanan Piala Malaysia dengan perlawanan pertama menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 4 Julai di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Mengulas pertembung­an dengan Kelantan, Da v i d optimis anak-anak didiknya mampu melakar kejutan terhadap skuad kendalian Zahasmi Ismail jika pemain kekal fokus dan bermain mengikut apa yang telah dirancang.

“Kita tahu kekuatan dan kelemahan Kelantan, semasa perlawanan di sini kita berjaya mengikat mereka tanpa jaringan.

“Bagi saya peluang Sarawak adalah seimbang, cuma saya harap pemain tidak melakukan banyak kesilapan,” tegas David.

Beliau juga berharap sentuhan dua penyerang import, Mateo Roskam dan Sahil Suhaimi menjadi pada perlawanan malam ini.

Apa yang pasti jelas David, Sarawak akan turun tanpa kapten Ronny Harun yang digantung satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning.

Bagaimanap­un, David tetap optimis dengan kredibilit­i Hairol Mokhtar dan Demerson Bruno Costa untuk menahan asakan serangan lawan.

“Saya juga telah mempersiap­kan latihan mental kepada pemain dengan penekanan ditumpukan terhadap bagai-mana pemain hendak bermain sekiranya tidak ” cukup rehat. David Usop Ketua Jurulatih Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GIGIH: Pemain gigih menjalani latihan sebagai persiapan menentang Kelantan malam ini.
GIGIH: Pemain gigih menjalani latihan sebagai persiapan menentang Kelantan malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia