Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan serang masjid di Paris gagal

Kenderaan 4x4 rempuh penghadang, tiada jemaah yang cedera atau mati

-

CRETEIL: Seorang lelaki ditangkap selepas dia memandu kenderaann­ya ke arah penghadang yang melindungi sebuah masjid di subbandar Paris kelmarin, kata polis, dengan pegawai beragama Islam menggambar­kan insiden itu sebagai “cubaan serangan”.

Kenderaan 4x4 itu “melanggar tiang dan penghadang yang diletakkan bagi melindungi masjid Creteil”, di tenggara ibu negara, sebelum memecut dan merempuh pulau pembahagi lalu lintas, kata polis. Tiada sesiapa yang tercedera.

Pemandu tersebut, yang juga pemilik kenderaan, melarikan diri namun ditangkap “tanpa insiden” di rumahnya sejurus selepas itu, tambah polis.

Penggeleda­han telah dilakukan pada malam kelmarin di rumah pemandu tersebut, kata sumber yang rapat dengan siasatan, sambil menambah bahawa suspek telah membuat “kenyataan yang keliru berhubung” satu rangkaian serangan jihad yang melanda Perancis, mengorbank­an 239 orang sejak 2015.

Lelaki itu adalah seorang rakyat Armenia berusia 43 tahun yang akan dikenakan pemeriksaa­n psikiatrik, kata satu lagi sumber rapat dengan siasatan.

Menurut pihak berkuasa kehakiman, suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Menteri Dalam Negara Perancis Gerard Collomb menyatakan dalam satu kenyataan bahawa “motif dia yang sebenarnya” akan ditentukan melalui siasatan.

Pegawai polis Paris Michel Delpuech berkata dia telah “melakukan segala yang termampu... untuk mengetahui motif pemandu tersebut dan menentukan sekiranya dia bertanggun­gjawab dari segi jenayah.”

Dalam satu kenyataan, rektor Masjid Agung Paris, Dalil Boubakeur menggambar­kan insiden itu sebagai “serangan jenayah” dan “tindakan Islamofobi­a”.

“Apa yang berlaku di Creteil kelihatan memberikan justifikas­i kepada kebimbanga­n yang saya nyatakan selepas serangan berhampira­n Masjid Taman Finsbury di London,” ketua Pemerhati Kebangsaan Menentang Islamofobi­a, Abdallah Zekri, memberitah­u AFP.

Beliau menggesa “lebih berjaga-jaga di pihak pega- wai masjid”, dan menyeru pihak berkuasa agar “memperkuku­hkan perlindung­an di tempat ibadat.”

Pada 19 Jun, seorang lelaki memandu sebuah van yang melanggar jemaah meninggalk­an Masjid Taman Finsbury di utara London.

Keluarga Darren Osborne, lelaki yang disyaki sengaja memandu ke arah sekumpulan penganut Islam, berkata dia “bermasalah”, sementara pelanggan tetap di pub tempatanny­a menceritak­an dia pernah dihumban keluar kerana mengugut untuk membunuh penduduk Islam.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BERJAGA-JAGA: Anggota polis berkawal selepas cubaan serangan menggunaka­n kenderaan 4x4 di luar masjid Creteil dekat Paris, Perancis kelmarin.
— Gambar Reuters BERJAGA-JAGA: Anggota polis berkawal selepas cubaan serangan menggunaka­n kenderaan 4x4 di luar masjid Creteil dekat Paris, Perancis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia