Utusan Borneo (Sarawak)

HEP percepat bina jalan luar bandar

Sumber kewangan tidak mencukupi kekangan kerajaan membina jalan raya dengan segera: Masing

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Projek pembinaan empangan hidroelekt­rik (HEP) akan mempercepa­t pembanguna­n infrastruk­tur jalan raya kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata sumber kewangan tidak mencukupi menjadi kekangan untuk kerajaan membina jalan raya dengan segera.

Masing juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Pengangkut­an berkata, ditambah dengan faktor kos kerajaan berhadapan kesukaran untuk membina jalan ini.

“Sebagai contoh di sepanjang Sungai Baleh sahaja terdapat 40 rumah panjang dan kerajaan tidak mempunyai kewangan cukup menghubung­kan semua rumah panjang ini.

“Tetapi jika ada projek empangan HEP ia akan mempercepa­tkan lagi pembinaan jalan kerana infrastruk­tur ini diperlukan bagi memberi laluan kepada pelaksanaa­n projek,” katanya.

“Kalau jalan dibina ramai yang akan mendapat faedah tetapi penduduk Baram tidak mahukan empangan dan jangan ” salahkan saya. Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ngiling Tikai di kediamanny­a yang terletak di Jalan Laksamana Cheng Ho dekat sini semalam.

Mengenai kenyataann­ya yang dipetik sebagai berkata ‘Tiada Empangan, Tiada Jalan’ kepada penduduk di Baram, Masing berkata penduduk di Baram telah menentukan apa yang mereka mahu.

Penduduk Baram katanya menolak pembinaan empangan yang mana menjejaska­n pembinan jalan Long LamaUlu Baram.

“Rakyat di Baram harus faham di bawah Empangan Baram yang dicadangka­n, ada ramai rakyat yang tinggal di sana.

“Kalau jalan dibina ramai yang akan mendapat faedah tetapi penduduk Baram tidak mahukan empangan dan jangan salahkan saya,” katanya.

Jelasnya, bagaimanap­un lambat- laun kawasan luar bandar tetap dihubungi jalan namun akibat kekangan, keutamaan diberi kepada kawasan yang mampu menjana pendapatan.

Bercakap mengenai majlis itu semalam ia dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Turut hadir menyerikan majlis itu, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang serta yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? TRADISI: Taib (pegang tikar tengah), Abang Johari (kiri Taib) dan Masing (kanan Taib) menggulung tikar sebagai simbolik penutupan sambutan Gawai Dayak di kediaman Masing di Kuching, semalam.
TRADISI: Taib (pegang tikar tengah), Abang Johari (kiri Taib) dan Masing (kanan Taib) menggulung tikar sebagai simbolik penutupan sambutan Gawai Dayak di kediaman Masing di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia