Utusan Borneo (Sarawak)

Jay Z kembali dengan album baharu ‘4:44’

Walaupun semakin berubah mengikut peredaran zaman, kaum Penan mahu hak dan tradisi dikekal

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Walaupun suku kaum Penan masa kini berubah mengikut peredaran zaman namun etnik ini mahu hak dan tradisi terutama soal alam semula jadi hutan dikekal.

Seorang pesara kerajaan yang kini menjadi tamu penyelidik bersekutu Institut Kajian Borneo di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS), Jayl Langub berkata, ramai anak muda Penan memegang jawatan besar dalam sektor awam selain mampu memenuhi pengajian di peringkat universiti.

Anak jati Penan berusia 69 tahun ini dijemput memberi ceramah ‘ Penan Resource Tenure and Mode Life’ yang secara dasarnya bercerita mengenai hubungan akrab Penan dengan alam semula jadi.

“Kaum Penan dan alam semula jadi tidak dapat dipisah malah mereka menjaganya

“Kaum Penan dan alam semula jadi tidak dapat dipisah malah mereka menjaganya dengan penuh ” tanggungja­wab. Jayl Langub Tamu penyelidik bersekutu Institut Kajian Borneo UNIMAS

dengan penuh tanggungja­wab.

“Memang Penan semakin terancam oleh aktiviti pembalakan termasuk aktiviti ladang kelapa sawit dan ia mencetus masa yang sukar kepada kaum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai ceramah tersebut diadakan di 14 Chairs Room Bangunan Mahkamah Lama di sini semalam.

Jelasnya, Penan percaya hubungan baik dengan alam semula jadi akan menyebabka­n kawasan itu terus subur dan mapan.

Jayl menjelaska­n, beliau sebelum ini telah membuat membuat pelbagai kajian dengan kolaborati­f pelbagai pihak sebagai dasar pembuat keputusan bagi kerajaan negeri.

Masyarakat Penan begitu menghargai sistem kerajaan negeri yang jelas masih melindungi hak kaum Penan dengan membenarka­n interaksi dengan syarikat pembalakan atau kerajaan negeri.

Tetapi beliau tidak pasti sekiranya masyarakat Penan sebenarnya gembira dengan apa yang diberikan oleh pihak tertentu setakat ini.

Jayl berkata beliau tidak mempunyai maklumat statistik terkini taburan penduduk masyarakat Penan tetapi menambah suku kaum Penan terbahagi kepada dua iaitu di bahagian kawasan timur dan barat negeri.

Lokasi paling ramai populasi kaum Penan adalah di sepanjang Sungai Baram meliputi Belaga, Bintulu, Miri, Sungai Tinjar dan Sungai Selat di negeri ini.

Jelas Jayl, kedua-dua perpecahan suku kaum itu cuma terdapat perbezaan bahasa pertuturan tetapi cara hidup dan bermandiri masih sama.

Beliau juga tidak menolak masih ada jumlah kecil suku kaum Penan yang enggan berubah dan menolak keras pembanguna­n yang cuba dilaksanak­an pihak berwajib.

Justeru, tegasnya, pendidikan merupakan kunci kepada masa depan lebih baik untuk suku kaum minoriti itu.

Ceramah berkenaan merupakan anjuran pihak Friends of Sarawak Museum dan dihadiri ramai aktivis dan orang berkepenti­ngan.

 ??  ??
 ??  ?? CERAMAH: Jayl (berdiri depan, kiri) memberi ceramah dan menjawab sesi soal jawab ceramah berjudul ‘Penan Resource Tenure and Mode Life’ anjuran Friends of Sarawak Museum di 14 Chairs Room Bangunan Mahkamah Lama, Kuching.
CERAMAH: Jayl (berdiri depan, kiri) memberi ceramah dan menjawab sesi soal jawab ceramah berjudul ‘Penan Resource Tenure and Mode Life’ anjuran Friends of Sarawak Museum di 14 Chairs Room Bangunan Mahkamah Lama, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia